Namun, tahukah anda sebenarnya Jutaria pernah hadir dalam versi televisyen, di mana wang kemenangan mencecah sehingga RM1,000,000 dan apa yang lebih menarik lagi, Ahmad Samerin adalah satu-satunya individu yang pernah memenangi kuiz ini.
Sumber: The Vocket
Dinamakan sebagai More Jutaria, ia adalah rancangan televisyen keluaran RTM 1 yang diterbitkan pada tahun 1991. Ia juga merupakan rancangan kuiz yang termahal di Malaysia pada ketika itu.
Ditaja oleh jenama rokok More yang dimiliki oleh R.J. Reynolds. More Jutaria menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000,000 dan sebuah kereta Ferrari, rancangan ini juga telah menerima sambutan hangat dari orang ramai. Walaubagaimanapun, jenama rokok More ini telah menghentikan pemasarannya Malaysia sejak awal 2000-an lagi.
9 September 1991
Pada 9 September 1991, seorang pemilik kedai basikal di Pusat Bandar Jengka, Ahmad Samerin Dzulkifli yang ketika itu berusia 23 tahun telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pemenang More Jutaria dengan membawa pulang wang sebanyak RM1,000,000.
Lebih bertuah lagi apabila namanya, SAMERIN digunakan sebagai pembayang untuk melengkapkan petak kosong bagi jawapan Sijil Simpanan Premium untuk soalan pusingan bonus yang berkaitan dengan ekonomi.
Menolak Kereta Ferrari
Dia yang pada mulanya ditawarkan hadiah berupa kereta mewah Ferrari 328 GTS bertindak menolak kereta tersebut dengan alasan bahawa dia tidak tahu memandu serta memikirkan kehidupannya di kampung yang dilihat tidak sesuai untuk memandu kereta mewah tersebut.“Mungkin saya akan beli Proton Saga Limousine atau Eksekutif, kalau susah-susah sangat nak pandu, saya pakai drebarlah,” kata Samerin seperti dipetik daripada Harian Metro.
Baginya, dia merasa bebas apabila semua orang sudah tidak mengenali siapa Ahmad Samerin, individu yang pernah mengemparkan Malaysia apabila menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Samerin telah mencatat rekod sebagai pemenang pertama dan terakhir kuiz More Jutaria yang dikendalikan oleh juruacara Ahmad Tarmimi Serigar. Dia juga sebelum itu berjaya memenangi wang tunai lebih RM6,000 melalui acara siri keenam dan ke-14 serta membawa pulang bot Bayliner, tetapi menjualnya dengan harga RM25,000.
29 Tahun Lalu
Tetapi itu cerita 29 tahun lalu, Ahmad Samerin kini dilaporkan lebih selesa tenggelam daripada tumpuan masyarakat. Dia bukan mahu menyembunyikan diri, tetapi lebih memikirkan soal keselamatan diri dan keluarga.
Dalam satu wawancara bersama Harian Metro pada 22 November 2016, dia berkata bahawa sejak memenangi wang kemenangan tersebut, ramai yang hendak mengetahui kisahnya. Tetapi dia memilih untuk berdiam diri atas pelbagai sebab.
Sumber: Harian Metro
Baginya, dia merasa bebas apabila semua orang sudah tidak mengenali siapa Ahmad Samerin, individu yang pernah mengemparkan Malaysia apabila menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Kedai basikal yang pernah diusahakan dulu juga telah diserahkan kepada adiknya dan dia kini meneruskan hidup dengan menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.
Dilaporkan bahawa lebihan wang yang dimenangi oleh Samerin telah dilaburkan dalam perniagaan, namun Harian Metro tidak menyebut jenis pelaburan yang dilakukan oleh beliau.
Namun pada 29 tahun lalu, Samerin pernah berkata bahawa wang yang dimenangi olehnya daripada acara TV paling popular pada tahun 1991 akan digunakan untuk bersedekah, melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan membeli Sijil Simpanan Premium.
Sumber rujukan: The Vocket