Friday

Apa Sudah Jadi? Akhirnya Nokia Malaysia Tidak Akan Ada Di Malaysia Lagi Bermula Januari 2021

 Pernah menjadi fenomena dalam industri DSLR serta merupakan seteru kepada jenama pesaing iaitu Canon, jenama Nikon nampaknya tidak terlepas dengan impak COVID-19 yang menimpa.

Sehubungan dengan itu, Nikon Malaysia secara rasminya mengumumkan pengunduran daripada pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2021 ini. Dalam pada itu, para peminat Nikon masih lagi berpeluang mendapatkan barangan serta aksesori jenama ini menerusi syarikat pengedar di bawah Futuromic Photo AV Sdn Bhd.


Untuk pengetahuan, sekitar Jun lalu, syarikat Olympus yang sudah 84 tahun dalam industri kamera turut mengumumkan pengunduran daripada dunia kamera atas beberapa faktor.


Sumber: The Vocket

Yang Diharap Tidak Dapat. Apa Dah Jadi? Graduan Ini Kecewa Kerana Sangka Reputasi Universitinya Boleh Buatkan Dia Dapat Gaji Tinggi

Sering kali kita diajar untuk tidak membandingkan tempat melanjutkan pelajaran sebaliknya apa yang dilakukan sewaktu belajar di universiti yang menentukan hala tuju seseorang dalam menempuh alam pekerjaan.


Namun lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat individu yang meluahkan kekecewaan beliau di Facebook Utar Confession selepas sekadar memperoleh gaji RM3,000 sebulan.

Menurut individu ini, beliau layak untuk menerima gaji lebih melihatkan Sunway University lebih popular dan menawarkan yuran lebih mahal berbanding rakannya yang ‘sekadar’ belajar di Universiti Malaysia serta memperoleh CGPA 4.0.

Beliau juga seolah memperlekeh Universiti Malaya dengan melabelkan universiti ini tidak lebih sekadar sebuah universiti awam.

Kenyataan yang dibuat secara confession ini nampaknya telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen dimana kebanyakannya agak terkejut bagaimana individu ini begitu yakin membandingkan Sunway University dengan graduan Universiti Malaya yang lulus dengan CGPA 4.0.


Kedudukan Universiti Malaya yang tersenarai sebagai antara 50 universiti terhebat dunia sudah cukup menjelaskan status Universiti Malaya menurut netizen.

Sumber: The Vocket

Berani Untuk Makan Sup Ini? Kuah Sup Ini Sudah 46 Tahun Dimasak Tanpa Dibuang

Pelik tetapi ia benar berlaku. Tahukah anda sebuah restoran di Thailand ini masih menggunakan kuah sup yang sama sejak 46 tahun yang lalu untuk hasilkan menu popular di restoran tersebut?

Pemilik restoran Wattana Panich, Nattapong Kaweenuntawong berkata bahawa kerak-kerak sup yang terkumpul merupakan satu resipi rahsia yang menjadikan rasa bihun sup di restorannya rasa sedap dan unik.


Periuk tersebut digunakan untuk mereneh bihun sup daging atau orang Thailand memanggilnya neua tune .

“Hampir 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini beroperasi sehinggalah ke hari ini, kami tidak pernah membuang kuah sup. Ia akan disimpan semula bagi dijadikan bahan asas untuk sup kami untuk hari esok,” Kaweenuntawong menjelaskan kepada media pada tahun 2019.

Kaweenuntawong menjelaskan kuah supnya yang berusia 45 tahun tersebut mempunyai ‘aroma dan rasa yang unik’. Menariknya, selama kedai tersebut beroperasi, tiada pelanggan yang pernah jatuh sakit atau mengalami keracunan makanan disebabkan supnya yang berusia hampir separuh abad itu.

“Apabila kami habis berniaga, kami akan terus memanaskan sup itu untuk semalaman dengan api yang perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan apa yang perlu untuk menghasilkan sup itu.”


Untuk menghasilkan sup bagi neua tune, bahan utama yang diperlukan semestinya kuah sup lama, daging lembu, perut lembu, bebola daging, daun sup dan bihun. Sungguh unik masakan Thai yang satu ini. Paling penting adalah supnya itu yang menyedapkan rasa bihun kata Kaweenuntawong.

Kaweenuntawong juga turut dibantu oleh ibu dan isterinya dalam memajukan restoran ini. Lelaki yang berusia 40 tahun ini dikatakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan restoran unik itu.

Sungguh tidak disangkakan rupa-rupanya wujud resepi makanan yang unik dan ‘rare’ seperti ini di dunia. Jika sup ini halal, sanggup atau tidak anda mencubanya?

Sumber rujukan: Vocket