Friday

Kenali Pokok Petai - Kemampuannya Yang Mempunyai Pelbagai Khasiat dan Rawatan

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Terminologi

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Sumber: Wikiwand

Ciri Fizikal

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.


Sumber: Wikiwand

Khasiat - Mempunyai Kadar Protein Yang Tinggi


Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Khasiat - Merawat Penyakit Jantung dan Penyakit Kencing Manis

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Khasiat - Mengandungi Gula Semulajadi

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.

Khasiat - Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit licin di bahagian dalam poket biji petai boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.


Sumber: Wikiwand

Rawatan Hasil Memakan Petai ialah:

Kemurungan: Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS: sindrom pra-haid) Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

Anemia: Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.

Tekanan darah tinggi: Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Kuasa minda: Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Sembelit: Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

Keletihan: Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.

Pedih ulu hati :Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.

Gigitan nyamuk:Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

Saraf:Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

Berat badan yang berlebihan: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ulser: Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.

Kawalan suhu: Petai dianggap "penyejuk" dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Merokok: Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh. Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.

Tekanan perasaan (stres): Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.

Mengatasi masalah cacing dalam badan: Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.

Merawat demam kuning: Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

Strok: Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Ketuat: Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.


Mengurang kemabukan: Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.

Pembiakan

Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain. Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Sumber: Wikiwand

Perhatian

Jika memakan terlalu banyak petai boleh mendatangkan kerosakan kepada buah pinggang dan  penapis buah pinggang, ini di sebabkan kandungan asid amino dalam petai.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Wikiwand


Kenali Peria Katak - Sayur Paling Pahit Di Dunia

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Huraian

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.


Sumber: Wikiwand

Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

Kegunaan Masakan

Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.


Sumber: Wikiwand

Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang.

Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.

Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbet yang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong.

Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.


Sumber: Wikiwand


Kegunaan Perubatan

Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.


Sumber: Wikiwand

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Wikiwand


Kenali Ubi Gadong Yang Beracun - Digunakan Untuk Mengawal Perosak Tanaman


Ubi Gadong atau nama saintifiknya Dioscorea daemona (atau D. hispada Dennst.[1], D. hirsuta Dennst., Dioscorea triphylla Auct.) merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan begitu sahaja. Tetapi ubi ini boleh dimakan dengan pemprosesan yang betul. [2] Ubi gadung dikatakan berasal dari India tetapi tersebar luas ke Asia Tenggara di kawasan hutan sekunder, belukar dan turut ditanam di kawasan taman. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut yang disalut sedikit garam dan gula.


Sumber: Wikiwand

Ubi gadong tumbuh membesar di dalam tanah. Ia hidup liar di hutan sekunder, belukar dan biasanya juga ditanam di taman. Ubi gadung adalah tumbuhan beracun dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Ia boleh hidup bertahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat serta boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri.

Daun pokok ubi gadung ini kelihatan seperti daun sirih. Pokok ubi gadong menjalar sementara batangnya pula mempunyai banyak duri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza, ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram. Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan.

Kajian saintifik menunjukkan ubi ini mengandungi sejenis sebatian beracun, bernama dioscorine, ia itu sejenis alkaloid mudah larut di dalam air. Walaupun beracun, masyarakat Melayu dan kaum pribumi telah berjaya menjumpai cara untuk menghilangkan kandungan racunnya.

Perubatan

Ubi gadung kini dikaji bagi ciri-ciri keupayaannya membunuh cacing dan serangga, selain dari kajian bagi menguju keberkesanan perubatan tradisinya yang lain. 

Ubi gadung mempunyai nilai perubatan. Ia kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid. Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk bergabung dengan gula, iaitu saponin. Steroid ialah sumber asli penting dalam penghasilan ubatan hormom. Saponin bersifat anti agregasi platlet, menghalang pengetulan (agregasi) platlet di dalam darah. 

Secara tidak langsung , saponin menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .


Digunakan Untuk Mengawal Perosak Tanaman

Di Kedah, ubi gadong mempunyai peranan tersendiri dalam mengawal perosak tanaman terutama sekali ulat pengorek batang di sawah padi. Ubi gadong akan dihiris-hiris dan ditaburkan di dalam sawah padi dan parit. Kaedah ini didapati berkesan untuk mengawal populasi ulat pengorek batang. 


Sumber: Herba & Tumbuhan

Keracunan dioscorine berkemungkinan mengakibatkan kematian ulat pengorek batang. Terdapat kajian di Jepun dan Filipina menggunakan toksin dioscorin bagi mengawal larva serangga jenis Lepidoptera (kupu-kupu). Toksin ini menyebabkan larva Lepidoptera tidak lalu makan, pertumbuhan terbantut dan mati akibat kesan toksin dioscorin.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Herba & Tumbuhan


Kenali Manfaat Khasiat Bendi-Menguatkan Daya Memori Otak dan Kecergasan.

Abelmoschus esculentus L. dikenali sebagai bendi adalah tumbuhan berbunga tergolong dalam keluarga Malvaceae. Ia dinilai berdasarkan pada buah biji hijau yang boleh dimakan. Asal-usul geografi bendi dipertikaikan, dengan banyak menyokong ia berasal dari Asia Selatan, Ethiopia dan Afrika Barat. 

Tumbuhan ini ditanam di kawasan tropika, subtropika dan kawasan bersuhu panas sederhana di seluruh dunia. Spesies ini merupakan tumbuhan tahunan atau bermusim, tumbuh sehingga 2 m tinggi. 

Makanan Kesihatan Yang Popular

Ia berkait dengan spesies seperti pokok kapas, koko, dan bunga raya. Bendi adalah makanan kesihatan popular kerana kandungan seratnya yang tinggi, vitamin C, dan folat. Ia juga merupakan sumber kalsium dan kalium. 


Sumber: Wikiwand

Minyak makan bendi kuning-kehijauan diperah dari benih biji bendi mempunyai rasa dan bau yang menyenangkan, dan tinggi dengan lemak tak tepu seperti asid oleik dan asid linoleik. Di samping itu, tumbuhan ini telah digunakan secara perubatan dalam merawat beberapa activitii kepincangan (disorders) seperti Anti-kanser, anti-mikrob, hypoglycemic dan anti-ulser. Ia turut dikenali dengan kandungan tinggi antioksida


Bendi adalah sayuran hijau, tidak berdaun, di petik meluas di Malaysia dan di luar negara. Buahnya lembut, berlendir / melekit (mucilaginous) padat dengan kandungan pemakanan. 

Sama ada dimakan secara mentah atau dimasak kedua-duanya pasti ada manafaat tersendiri. kandungan berlendir pelekat (mucilaginous) dalam bendi ini yang membezakan ia dengan sayur-sayuran lain sebagai manfaat  luar biasa. Bendi adalah makanan kesihatan popular kerana seratnya yang tinggi, vitamin C, dan kandungan folat. 

Ia juga merupakan sumber kalsium dan kalium. Di samping itu, tumbuhan  ini telah digunakan secara perubatan untuk merawat beberapa penyakit seperti Anti Kanser, antimikrob, hipoglisemik dan aktiviti anti-ulser, dan lain-lain kajian terkini menyediakan piawaian farmakopia seperti nilai Ash tetap fizikokimia, spesifik graviti dan pH. Pemeriksaan fitokimia mendedahkan kehadiran Karbohidrat, Protein dan asid amino, flavonoid, phytosterol, dan minyak dara (volatile oil). 

Kajian ketoksikan telah dilaksanakan mengikut kaedah Knudsen dan Curtis dan sehingga dos 4000 mg / kg, tiada kematian; tiada petunjuk (manifestations) ketoksikan dilihat.



Sumber: Herba & Tumbuhan

Morfologi
Pokok herba separa keras boleh mencapai ketinggian sehingga 4 m sekiranya tidak dicantas. Batang bulat, berwarna hijau gelap serta tegap, tiada mempunyai banyak percabangan, seluruh bahagian berbulu halus. Daun jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar, mempunyai 3, 5 atau 7 cuping, tangkai daun sederhana panjang. Bunga jenis tunggal, saiz sederhana besar, mempunyai kelopak besar berwarna kuning. Buah jenis kapsul, berbentuk silinder yang meruncing di hujungnya, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ciklat apabila telah tua, mengandungi banyak biji. Biji sederhana kecil, berbentuk bulat, berwarna putih semasa muda bertukar kelabu keperangan apabila telah tua.


Sumber: Wikiwand


Pokok bendi ini mampu macam pokok Bunga Raya dan Pokok Kapas merupakan tanaman Jangka pendek yang boleh di Ratoon menjadi tanaman tahunan. Pokoknya mampu hidup sehingga ketinggian memlebehi 2 meter jika dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garis pusat. Pendebungaan dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah bendi yang terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'Lendir'. Bagaimana pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya.


Manfaat Khasiat Bendi

1 # Membantu mengawal gula dalam darah: bendi penuh dengan serat pemakanan yang membantu mengimbangi kadar gula dalam darah melalui pengawalan kadar penyerapan gula dari saluran penghadaman. Ciri anti-diabetes dalam bendi turut dikaitkan dengan keupayaan perencatan enzim metabolisma karbohidrat, meningkatkan pengeluaran insulin, penjanaan semula sel beta pankreas dan meningkatkan rembesan insulin. 

2 # Menghalang penyakit jantung: penyakit jantung disebabkan dari tahap kolesterol tinggi dalam darah. Pectin, adalah serat mudah larut yang terdapat dalam bendi, membantu menurunkan tahap kolesterol dalam darah dengan itu membantu mencegah penyakit jantung. Bendi juga kaya dengan sebatian antioksida seperti polifenol. Terutamanya Sebatian quercetin, yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol, yang mengakibatkan penyumbatan arter lalu membawa kepada serangan penyakit jantung. 

3 # Bendi membantu mengurangkan berat badan:  Bendi adalah sayuran tersangat rendah kalori, dengan setiap hidangan 100g mengandungi hanya 33 kalori. Sesuai bagi mereka yang bercita-cita menurunkan berat badan. 

4 # Bendi meningkatkan ketahanan tubuh badan: Bendi kaya dengan vitamin C dengan setiap hidangan 100g memenuhi kira-kira 38% daripada keperluan harian nutrien. Vitamin C adalah nutrien penting yang membantu meningkatkan ketahanan (imuniti) dan melindungi daripada beberapa penyakit dan jangkitan. Sebagai sumber alternatif, oren dan mangga juga dapat meningkatkan pengambilan vitamin C kerana kedua-duanya adalah sumber yang amat kaya dengan nutrien. 

5 # Bendi meningkatkan fungsi mental: Folat atau Vitamin B9 juga merupakan satu lagi nutrien terpenting terdapat dalam bendi. Nutrien ini diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan betul kerana ia membantu dalam pengeluaran beberapa sebatian penting.


Sumber: Wikiwand


Penyembuhan Untuk Diabetes

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Bendi dianggap sebagai salah satu ikhtiar untuk ubatan rumah yang terbaik untuk penyakit kencing manis. 

Caranya:


  1. Belah bendi kepada 2 bahagian menegak dan rendamkannya di dalam air untuk semalaman. 
  2. Pada waktu pagi, keluarkan bendi tersebut dan minum airnya, sebelum mengambil sarapan. Bendi yang direndam semalaman, airnya menjadi pekat melekit pada waktu pagi. Air melekit ini dianggap baik bagi orang yang mengalami penyakit kencing manis.




Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Herba & Tumbuhan