Tuesday

Kenali Pokok Petola - Dibiar Matang dan Dikeringkan Sebagai Span Mandian

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika.


 
Sumber: Wikiwand

Dibiar Matang dan Dikeringkan Sebagai Span Mandian
Buah L. aegyptiaca juga sering dibiar matang dan dikeringkan sebagai span mandian atau di dapur selepas diproses bagi meninggalkan hanya jaringan xilem. Versi ini dikenali sebagai Lifah dalam bahasa Arab, ভোল bhol dalam bahasa Assamese, dhundul dalam bahasa Bengali, ghiya tori atau nerua dalam Hindi atau "peerkankai" dalam bahasa Tamil atau "beera kaya" dalam bahasa Telugu.

Sumber: Wikiwand

Digunakan Sebagai Berus Badan
Span Loofah digunakan sebagai berus badan. Kedua span kasar dan lembut dikenali sebagai Luffa atau Loofah.

Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand

Kenali Pokok Kenanga - Pokok Klasik Ini Telah Ditanam Sejak Zaman Dahulu

Pokok Kenanga ditanam kerana bunganya yang menarik dan berbau harum serta kekal lama. Pokok klasik ini telah ditanam sejak zaman dahulu kerana bunganya  mengandungi  khasiat perubatan herba dan kegunaannya yang pelbagai.

Bunga pokok Kenanga berwarna hijau semasa muda dan menjadi kuning apabila matang. Bunganya digunakan sebagai ramuan mandian  untuk mengurangkan bau badan. 

Dijadikan Bahan Utama Dalam Bunga Rampai
Ia juga dijadikan bahan utama dalam membuat bunga rampai kerana baunya yang harum. Disamping itu bunga pokok Kenanga banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk meredakan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Bunga kenanga juga dijadikan bahan utama untuk menghasilkan minyak wangi dan produk kecantikan.


Sumber: Warisan Petani

Ditanam Sebagai Tanaman Hiasan
Pokok Kenanga yang biasa ditanam sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah adalah tumbuhan renek berkayu yang sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu. Untuk mengawal pembesarannya, ia perlu dipangkas selalu. Pemangkasan juga dapat menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang akan mengeluarkan lebih banyak bunga. Pokok Kenanga renek tidak berbuah, jadi ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut/markot.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

 
Sumber: Warisan Petani


Pokok Kenanga renek merupakan tanaman hiasan tradisional yang perlu ada di persekitaran rumah kita. Walau pun kita tidak lagi memanfaatkan khasiat herbanya, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kepupusannya.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Kenali Pokok Kacang Botor - Yang Amat Berguna Kerana Hampir Semua Bahagian Tumbuhan Ini Boleh Dimakan:

Kacang Botor, kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean) ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina, Indonesia, Myanmar, hinggalah ke India, dan Sri Lanka.



Sumber: Warisan Petani

Morfologi
Ia adalah tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk silinder, licin tanpa bulu, liat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang setelah tua. Daun jenis majmuk trifoliat, susunan berselang-seli, tangkai panjang, halus. Anak daun bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung menirus, nipis, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang, tepi rata. Bunga majmuk, bersaiz sederhana, kelopak berwarna ungu, terdapat 1-10 kuntum dalam 1 jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buah memanjang, bersegi empat dengan sayap di setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil, berwarna hijau ketika muda bertukar coklat apabila tua, mengandungi banyak biji benih di tengahnya. Biji sederhana besar, berwarna hijau ketika muda, coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk bulat membujur, keras seperti biji kacang soya.

Sumber: Warisan Petani

Kandungan
Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Rangting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat. Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin.

Penanaman
Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan herba saka dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai pokok semusim mengikut kegunaan penanamannya.

Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.


Sumber: Warisan Petani

Sebagai pokok tropika, ia amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benihnya mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam hanya tempoh beberapa minggu sahaja.

Ia ditanam secara biji dan akan bercambah antara 5-7 hari selepas disemai, bergantung kepada varieti. Lebih kurang dua bulan setengah selepas disemai, ia akan mula berbunga, tetapi ada jenis baka yang berbunga selepas lima bulan ia ditanam. Buah kacang botor mencapai panjang maksimum dalam masa 20 hari selepas berbunga dan masih lembut ketika itu, serta sesuai dijadikan sayur. Ia matang dalam masa 65 hari selepas berbunga.


Sumber: Warisan Petani

Khasiat
Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan: 
  • Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
  • Buah yang muda dan lebut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabut atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
  • Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
  • Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
  • Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
  • Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.



Perubatan
Daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis.[perlu rujukan] 

Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. 


Sumber: Warisan Petani

Daun dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo.



Sumber: Warisan Petani

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot