Friday

Kenali Pokok Tapak Leman - Cara Penyediaan Sebagai Air Minuman Untuk Kembalikan Tenaga

Dikenali juga dengan nama Tutup Bumi.  Herba ini digunakan sebagai jamu selepas bersalin.  


Sumber: Warisan Etnobotani

Cara Penyediaan Sebagai Air Minuman Untuk Kembalikan Tenaga
  1. Daun dan akarnya dikeringkan dan bila perlu menggunakan, ia direbus dan airnya diminum.  
  2. Jika anda merasa kepenatan selepas bekerja seharian, ambil herba ini yang telah dikeringkan tiga (3) pokok dan dicampur bersama Bayam Duri yang berwarna hijau (Amaranthus spinosus Linn) 
  3. Satu (1) pokok kemudian didihkan dan minum airnya samada lelaki atau perempuan, tua atau muda.  Anda akan dapati anda kembali bertenaga dan rasa sihat.



Sumber: Warisan Etnobotani

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Ketahui Khasiat Jambu Batu Merah - Baik Untuk Kesihatan Anda

Jambu batu merah atau pink guava sememangnya diketahui boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya seseorang disahkan menghidap demam denggi.

Tetapi tahukah anda, jambu batu merah ini sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat lain termasuk daunnya.

Bantu penurunan berat badan

Jambu batu merah dapat membantu kerana kandungan kalorinya yang rendah.

Tidak hanya kalorinya rendah, jambu batu merah juga kaya dengan serat yang mengenyangkan.

Melegakan 'period pain'

Tanyalah mana-mana wanita, setiap kali datang bulan ia pasti mengganggu aktiviti harian mereka tapi ketidakselesaan itu mungkin dapat dikurangkan dengan memakan jambu batu merah.

Terdapat kajian menunjukkan pengambilan ekstrak daun jambu batu merah sebanyak enam miligram setiap hari dapat mengurangkan rasa sakit ketika haid.


Sumber: merdeka.com

Mengatasi masalah sembelit

Ekstrak daun jambu batu merah kaya dengan anti bakteria dapat membantu melawan bakteria penyebab masalah sembelit atau cirit birit.

Anti kanser

Walaupun pelbagai kajian masih dilakukan namun daun buah ini juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti kanser selain menghentikan pertumbuhan sel-sel baru dalam badan pesakit

Menurunkan tekanan darah

Bagi pesakit darah tinggi, elok mengamalkan makan pink guava kerana kandungan antioksidan di dalamnya boleh membantu menurunkan tekanan darah dan melebarkan pembuluh darah

Meningkatkan sistem imun tubuh

Vitamin C cukup penting dalam meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang dan sumber vitamin itu kaya dalam jambu batu merah.

Menjaga kesihatan kulit

Ingin nampak lebih muda dan berseri? Amalkan makan buah ini kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidaan yang melambatkan penuaan.

Menurunkan kadar gula

Ekstrak daun pink guava dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes jika diamalkan setiap hari.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot