Sunday

Ketahui Akar Cerita Yang Mujarab Bagi Darah Tinggi Dan Cara Penyediaan Rawatannya

Selain disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia sejenis rumpai berdaun tunggal seperti daun inai berwarna hijau tua. Puntik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Mudah membiak di kawasan yang terdedah.

Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai ‘hempedu bumi’ kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata).

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Bagi Darah Tinggi 
Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum oleh yang menderita sakit. Kesan pahit dari rebusan itu agak lama pada lidah dan selepas pahitnya hilang lidah akan terasa kebas sedikit, namun itu hanyalah ciri herba ini. 

Cara Rawatan Bagi Kencing Manis
Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Bagi Demam
Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap.

Cara Rawatan Bagi Gigitan Serangga
Tumbuhan ini juga boleh dijadikan untuk merawat bisa gigitan serangga termasuk tebuan dan ular. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dilumatkan, kemudian letakkan lumatan itu pada bahagian yang terkena gigitan.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Kenali Habbatus Sauda Dan Khasiatnya Dalam Merawat Kencing Manis

Habbatus sauda atau habbatussauda (nama ilmiah: Nigella sativa) ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan atau biru ceraka dengan 5 hingga 10 kelopak.

Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.


Sumber: Wikiwand

Digunakan di dalam Masakan
Habbatus sauda digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia Barat dan juga masakan Poland. Habbatus sauda mempunyai rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano dalam satu. Ia mempunyai rasa dan bau yang kuat terutama sekali apabila digigit. Di Palestin, ia ditumbuk untuk membuat pes qizhat.

Ia boleh digunakan untuk masakan kari, sayur, kekacang dengan memanaskannya dalam kuali. Habbatus juga boleh digunakan sebagai rempah dalam resipi yang menggunakan lenggai, sayuran, selada dan ayam. Di sesetengah tempat, ia digunakan untuk menyedapkan roti dan digunakan dalam campuran rempah pancaporon (campuran lima rempah) atau dengan sendirinya dalam masakan Bangla seperti naan. Habbatus sauda juga diguakan dalam keju tali Armenia, sejenis keju yang ditarik berulang kali sehingga halus lalu ditocangkan bernama majduleh atau majduli di Asia Barat.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot