Wednesday

Ada Apa Dengan Daging Lembu Ini? Guna Daging Kuda Dan Kanggaru, Sindiket ‘Meat Cartel’ Dilaporkan Sudah 40 Tahun Beroperasi

Tular baru-baru ini apabila media melaporkan terdapat sindiket daging seludup haram yang dibawa Malaysia serta diberi tanda halal untuk diniagakan. Penawaran daging haram ini nyata mengejutkan pelbagai pihak serta membuatkan para pembeli berasa tidak senang.


Terbaharu, dilaporkan terdapat anggota kerajaan yang menerima rasuah serta menjadi tali barut kepada kumpulan ini dengan memberi pelepasan untuk daging sejuk beku ini diniagakan di pasaran dengan cop halal.


Rasuah sekitar RM150 antara RM3,000 antara yang ditawarkan bagi mengaburi mata pihak yang bertugas bagi memastikan proses berjalan dengan ‘lancar’.

Lebih mengejutkan pengguna, laporan daripada NST memaklumkan sindiket ini bukanlah perkara baharu di Malaysia. Malah, sindiket ini sudah 40 tahun bertapak di Malaysia dengan penawarkan daging seludup. Harganya yang rendah sekaligus menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkannya.

Dari segi pemilihan daging, difahamkan sindiket ini berjaya mengurangkan kos dengan menawarkan daging lembu yang sakit. Selain itu, daging kuda dan kanggaru antara yang dicampur bersama daging lembu.

Sebagai rekod, kartel daging ini berjaya menawarkan daing seludup sebanyak 300-400 kontena sebulan di mana satu kontena membawa 25 tan daging sejuk beku bagi memenuhi ‘permintaan’ pelanggan yang tertipu dengan daging luar negara dan disangka halal.


Berdasarkan laporan, daging-daging ini diperoleh daripada negara Canada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Spain, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan juga China.

Untuk pengetahuan, daging yang menerima pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuma terdiri daripada negara Australia, Argentina, Brazil, India, South Africa, Pakistan, Japan, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Setakat ini pihak polis dan kastam sedang berusaha keras dalam memastikan sindiket daging seludup ini dapat dibanteras dalam memastikan umat Islam tidak tertipu dengan daging haram dengan label cop halal ini.

Sumber: The Vocket

Ada Apa Dengan Tanda Tangan Tun Mahathir? Masuk Dalam Drama Di Netflix

Netflix merupakan laman penstiman kegemaran ramai untuk ‘binge watch’ drama, filem, dan juga dokumentari. Tidak dapat dinafikan, konten yang disajikan Netflix kepada penggunanya akan menghiburkan para pengguna.

Terbaharu, jadi buah mulut netizen apabila melihat kemunculan tandatangan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah siri drama sejarah The Crown.


Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa terkejut akan ‘details’ yang ditunjukkan dalam siri tersebut. Malah, ada juga yang berharap sejarah seperti ‘The Dawn Raid’ dan kempen ‘Buy British Last’ turut akan muncul dalam siri tersebut.


Untuk pengetahuan anda, The Crown ialah sebuah drama sejarah melalui siri televisyen mengenai pemerintahan Ratu Elizabeth II. Ketika ini, The Crown baru sahaja tamat siri keempat dan ramai sudah menantikan siri kelima ditayangkan.


Bagi anda yang menonton, adakah anda perasan akan ‘small details’ seperti tandatangan Tun Mahathir ini dalam drama bersiri The Crown ini? Jika belum menonton, mari kita sama-sama menontonnya.



Sumber: The Vocket