Saturday

Ada Apa Dengan Wanita Ini? Beli Rumah Boleh Dapat Wanita Ini Sebagai Isteri

Demi jodoh, seorang wanita di Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat sini, mengiklankan rumahnya untuk dijual dan bersedia mengahwini lelaki yang membelinya.

Rumah itu terletak di Air Mesu Timur dan wanita bernama Metha Kanzul, 30, bercadang menjualnya dengan harga 185 juta Rupiah (kira-kira RM54,075).

Portal Kompas melaporkan hanya selepas beberapa jam iklan itu dimuat naik di laman sosial, ia menjadi tular termasuk di beberapa kumpulan di WhatsApp.

Metha berasal dari daerah Mesu, Bangka Tengah, Bangka Belitung pernah berumahtangga sebelum ini.

Kini, Metha berstatus ibu tunggal dan tinggal berdua dengan anak lelakinya.


Sumber: Facebook

"Benar, saya mahu jual rumah. Jika ada pembeli dan jodoh, saya sedia bernikah dengannya.

"Apa yang penting, lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak.

"Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga kerana selama ini ibu yang tinggal di sana," katanya.

Sementara itu, Okezone.com melaporkan Metha mengakui menerima banyak kiriman mesej sejak memuat naik iklan berkenaan.

Katanya, ada pihak yang serius bertanya mengenai rumah dan segelintir daripadanya mahu mengenalinya dengan lebih rapat.

"Saya tidak kisah membalas kiriman mesej jika niat mereka betul untuk bertanya mengenai rumah.

"Namun jika tujuannya tidak jelas, saya abaikan saja," katanya.


Sumber rujukan: Harian Metro

Ada Apa Pada Pokok Telinga Kera? Pokok Hiasan Sebagai Penawar Buah Pinggang. Ketahui Cara Penyediaan Rawatannya

Tumbuhan menjalar ini merupakan rumpai di sesetengah negara tetapi ditanam sebagai tumbuhan hiasan di negara kita. Ia mudah membiak dari keratan batang dan selalu di tanam sebagai tanaman tutup bumi atau tanaman gantung di halaman. Ia mudah tumbuh subur di kawasan yang lembap. Jika digantung siraman yang cukup diperlukan.

Sumber: Wikiwand

Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan. Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4. 5 hingga 5. 8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

Kegunaan
Pokok telinga kera digunakan dalam perubatan Cina sebagai penawar sakit buah pinggang. 

Cara penggunaannya ialah :

  • 20 helai daun telinga kera
  • 10 biji kurma merah (red dates)
  • 1. 5 liter air
  • Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum sebagai air minuman biasa

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Kailan? Ketahui Nutrisi Kailan

Kai-lan (atau gai-lan), panggilan dalam bahasa Kantonis pada sejenis sayuran. Kai-lan juga dikenali sebagai Brokoli China atau Kale China.

Kai-lan dan Brokoli adalah dari spesis yang sama iaitu Brassica oleracea, tetapi kai-lan tergolong dalam kelompok alboglabra yang bermaksud 'putih tanpa bulu'. Rasanya hampir sama dengan brokoli, tetapi lebih sedikit pahit, manis, masam dan menyengat.

Kai-lan adalah sayuran berdaun tebal berwarna hijau, sedikit berkeriput, batang daun bulat tebal, dan sejumlah kecil hujungnya  berbunga kecil mirip bunga brokoli.

Kai-lan sering digunakan dalam masakan Cina, terutama masakan Kantonis. Sayur ini lazim ditumis bersama halia dan bawang putih, atau digoreng dengan sos tiram. Bukan saja daun, tetapi batang kailan juga boleh dimakan, dipotong-potong kecil sebelum dimasak.

Sayur kai-lan tidak asing pada warga Asia Tenggara, terutama masyarakat Vietnam, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia menjadi sajian berbagai masakan.

Sumber: Wikiwand

Nutrisi Kailan
Serat Sayuran. Kailan rendah kalori, tetapi kaya dengan serat makanan. Sayur kailan adalah pilihan makanan berserat yang baik.

Permakanan yang kaya berserat boleh menyihatkan usus, dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, buncit, kadar kolesterol tinggi dan strok.

Vitamin
Kailan mengandungi beberapa jenis vitamin; A, B-kompleks, C, E dan K.

Vitamin A dalam kailan yang boleh dianggap tinggi, setiap 88 g membekal lebih dan 29% vitamin A dari kadar saranan harian.

  • Vitamin A, apabila ditukar oleh tubuh menjadi 'retinaldehyde', menyumbang kepada kesihatan mata. Vitamin A juga dipercayai menjadi ejen yang mencegah katarat, kemerosotan mata, dan glaucoma (kemerosotan saraf optik). 
  • Vitamin A memperteguh selaput-selaput dalam tubuh; seperti selaput lendir, saluran-saluran pernafasan, air kencing dan usus. 
  • Vitamin A turut penting dalam penghasilan 'lymphocyte' atau sel-sel darah putih, bagi menggempur sebarang kuman yang menyebabkan jangkitan pada tubuh. 



Cara Rawatan Bagi Kencing Manis
 Vitamin C. Sepertimana sayur-sayuran lain, kailan juga kaya dengan vitamin C.

  • Vitamin C adalah anti-oksidan; permakanan yang kaya dengan vitamin C boleh mengutuhkan sistem kekebalan tubuh, membantu tubuh melawan jangkitan dan menyirna radikal bebas yang sentiasa menjadi perosak kepada mana-mana bahagian tubuh.
  • Vitamin C secara lansung terlibat dalam pembinaan kolagen iaitu sejenis protein yang paling banyak terdapat di dalam tubuh dan berada pada setiap anggota tubuh. Ia berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran. Ia juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf). Kolagen merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling terhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mendirikan seluruh tubuh. Justru, vitamin C menjadi syarat utama bagi membina kolagen agar struktur tubuh sentiasa utuh.

Sumber: Wikiwand

Vitamin K – Keistimewaan kailan terletak pada kandungan vitamin K. Kailan sangat kaya dengan vitamin K, setiap 88 g membekal lebih dan 93% vitamin K dari kadar saranan harian.

Vitamin K berperanan utama sebagai faktor pembekuan darah yang sihat, penghalang pendarahan yang berlebihan. Walaupun pembekuan darah kedengaran seperti proses biasa yang tidak begitu perlu dititik-beratkan pada kesihatan harian, tetapi sebenarnya ia amat penting. Disatu segi, luka perlukan kemampuan darah membeku bagi menutup luka dan menghindar dari pendarahan berlebihan. Disegi lain pula, terlalu banyak pembekuan darah meskipun tidak luka, memungkinkan terbina tompokan darah beku yang boleh menyekat dan menyumbat pengaliran darah, menjejaskan perjalanan darah ke jantung, otak dan lain-lain bahagian, natijahnya menggugat kesihatan dan nyawa. Justru, vitamin K merupakan zat yang penting bagi memelihara kemampuan darah membeku pada tahap yang saksama.

Vitamin K merupakan faktor gandingan dalam pengubah-suaian sisa asid amino glutamik (Glu) untuk menghasilkan asid amino dikenali sebagai "Gla," iaitu asid gamma-karboxyglutamik. Dan vitamin K bertindak melalui Gla untuk pelbagai aktiviti dan fungsi tubuh. Antaranya:


  • Protein Gla osteocalcin paling dikenali, banyak terdapat dalam tulang. Protein Gla osteocalcin berkait-rapat dengan ketumpatan tulang. Ia bergabung dengan ion kalsium untuk proses pembinaan melalui pengkalsium (calcification).
  • Vitamin K berganding dengan sejenis protein iaitu "carboxylation", mampu mengawal perjalanan urusan kalsium. Kekurangan vitamin K disebut "undercarboxylated", protein carboxylation tidak dapat mengawal perjalanan kalsium. Tanpa kawalan keatas kalsium, kalsium akan keluar dari tulang dan gigi, memasuki saluran darah arteri dan tisu-tisu lembut yang lain. Jika berlarutan, akan menyebabkan terbina plaque kalsium dalam arteri, pengaliran darah dalam arteri boleh tersumbat, menggugat fungsi jantung. Jika undercarboxylated pada osteocalcin, akan menyebabkan tulang dan gigi menjadi rapuh.
  • Protein Gla juga terdapat dalam darah dan pada dinding-dinding saluran darah, bersama dengan platelet phospholipid dan bergabung dengan kalsium, untuk proses pembekuan darah.
  • Protein Gla dalam organ hati berperanan penting memelihara keadaan darah yang sihat. 
  • Protein Gla dalam organ ginjal berfungsi menghalang terbinanya batu karang kalsium oxalate melalui kawalan protein Gla terhadap kalsium dalam ginjal.
  • Protein Gla didapati penting sebagai ejen laluan kepada penggunaan semula vitamin K dari epoxide metabolite (KO) untuk digunakan dalam carboxylation.
  • Protein-protein Gla yang lain, seperti MGP (calcification-inhibiting matrix Gla protein), Gas6 (pertumbuhan sel melibatkan protein gene 6 khusus), TMGP (4 jenis transmembrane Gla protein) -  ‎fungsi-fungsi sebenar masih banyak belum diketahui dengan jelas.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Pokok Cermai? Ketahui Kegunaannya

Cermai merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga Phyllanthaceae/Euphorbiaceaeyang mempunyai buah yang boleh dimakan. Ia merupakan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 kaki tingginya. Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daunnya. Buahnya kecil, berwarna hijau muda dan boleh dimakan. Rasanya masam sekali dan biasanya ia dijadikan jeruk. Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, kaedah layering, tut dan keratan batang.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.


Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Cermai
Cermai biasanya dijadikan jeruk di Malaysia. Di tempat-tempat lain, cermai juga digunakan sebagai sos atau dijadikan halwa kering. Ia jarang dimakan mentah kerana rasanya yang amat masam. Di kampung-kampung di Malaysia cermai dimakan bersama petis dan kuah rojak.



Sumber: Wikiwand

Khasiat Cermai
Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C. 

Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser. Buahnya pula dapat merawat sembelit.


Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan