Saturday

Ada Apa Dengan Wanita Ini? Beli Rumah Boleh Dapat Wanita Ini Sebagai Isteri

Demi jodoh, seorang wanita di Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat sini, mengiklankan rumahnya untuk dijual dan bersedia mengahwini lelaki yang membelinya.

Rumah itu terletak di Air Mesu Timur dan wanita bernama Metha Kanzul, 30, bercadang menjualnya dengan harga 185 juta Rupiah (kira-kira RM54,075).

Portal Kompas melaporkan hanya selepas beberapa jam iklan itu dimuat naik di laman sosial, ia menjadi tular termasuk di beberapa kumpulan di WhatsApp.

Metha berasal dari daerah Mesu, Bangka Tengah, Bangka Belitung pernah berumahtangga sebelum ini.

Kini, Metha berstatus ibu tunggal dan tinggal berdua dengan anak lelakinya.


Sumber: Facebook

"Benar, saya mahu jual rumah. Jika ada pembeli dan jodoh, saya sedia bernikah dengannya.

"Apa yang penting, lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak.

"Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga kerana selama ini ibu yang tinggal di sana," katanya.

Sementara itu, Okezone.com melaporkan Metha mengakui menerima banyak kiriman mesej sejak memuat naik iklan berkenaan.

Katanya, ada pihak yang serius bertanya mengenai rumah dan segelintir daripadanya mahu mengenalinya dengan lebih rapat.

"Saya tidak kisah membalas kiriman mesej jika niat mereka betul untuk bertanya mengenai rumah.

"Namun jika tujuannya tidak jelas, saya abaikan saja," katanya.


Sumber rujukan: Harian Metro