Sumber: Warisan Petani
Buah Cermai
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama dengan garam dan rasanya sangatlah masam. Buah cermai sesuai dibuat jeruk buah campuran atau halwa untuk mengelakkan rasa masamnya. Ia juga boleh dijadikan jus minuman. Buah mudanya boleh dijadikan ramuan sambal belacan. Pucuk daun cermai boleh dibuat ulam tetapi rasanya agak kemasaman dan kelat.
Buah cermai dikatakan mengandungi antioksidan yang boleh mencegah diabetis dan kadar kolesterol dalam darah. Ia juga mengandungi bahan antikanser, bahan serat dan kaya dengan vitamin C.
Sumber: Warisan Petani
Biji buah cermai digunakan untuk mengatasi sembelit dan penyakit asma. Manakala daun pokok cermai digunakan untuk mengubati penyakit kulit, darah tinggi, melangsingkan tubuh, melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan batuk.
Sumber: Warisan Petani
Pokok cermai tidaklah begitu besar dan sesuai ditanam berdekatan rumah. Tanamlah pokok cermai sebagai tanaman hiasan dan untuk mendapatkan manfaat herbanya.
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot