Friday

Kenali Pokok Nenas Dan Cara Penanaman Serta Pemilihan Buah Nenas Yang Elok

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Sumber: Wikiwand

Penanaman Pokok Nenas
Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.


Sumber: Wikiwand

Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Cara Memilih Nenas
Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.

Lebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.

Tapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand

Rupanya Pokok Salam Mempunyai Pelbagai Khasiat Dan Ketahui Cara Rebusan Untuk Rawatan Penyakit Diabetes Serta Gout

Daun salam ialah daun beraroma yang digunakan dalam masakan tertentu sebagai rempah kerana aroma dan rasanya yang unik. Ia datang daripada suatu pokok khas iaitu dafnah atau laurel (nama spesies: Laurus nobilis) dalam genus Lauraceae; pokok ini boleh dikenalpasti melalui buahnya yang kelihatan agak menyerupai buah zaitun.
  
Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun Salam
Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup, stu, masakan tumis dan pâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.

Sumber: Wikiwand

Mengatasi Diabetes
Komplikasi yang terjadi pada penderita diabetes sangatlah serius, seperti penyakit jantung, gagal ginjal, fungsi hati rosak. Mengatasi penyakit diabetes ini adalah dengan menurunkan kadar gula darah. Dengan turunnya kadar gula darah pada penderita diabetes. 

Cara Penyediaan Rebusan Daun Salam Bagi Rawatan Diabetes:

  • Ambil beberapa lembar daun salam.
  • Cuci hingga bersih.
  • Rebus daun salam dengan air hingga mendidih
  • Angkat air rebusan dan saring
  • Tunggu beberapa saat, agar air rebusan yang panas tersebut menjadi hangat.
  • Minum sebanyak 2 kali.
Mencegah Kanser
Daun salam kaya dengan vitamin C, vitamin A, zat besi, kalsium dan magnesium. Kandungan lain yang terdapat di dalam daun salam antaranya adalah kandungan asid caffeic, eugenol, quercetin dan catechin. Parthenolide adalah zat fitonutrien yang terkandung di dalam daun salam. Zat ini dipercayai dapat menyingkirkan sel kanser serviks dengan cara menginduksi apoptosis, meminimumkan aktiviti penggalak tumor dan menyingkir tumor yang berhubung dengan angiogenesis. Untuk menggunakan daun ini, masukkan dua lembar daun salam dalam setiap masakan atau menjadikannya teh.

Sesuai sebagai Rawatan Darah Tinggi
Daun salam memiliki kandungan flavonoid dan zat tanin yang cukup banyak untuk membolehkannya mengatasi tekanan darah tinggi. Untuk menyebuhkan darah tinggi dengan daun salam, siapkan 10 lembar daun salam. 

Cara Penyediaan Rebusan Daun Salam Bagi Rawatan Darah Tinggi:
  • Cuci bersih daun alam dan rebus dengan tiga gelas air. 
  • Didihkan dan biarkan hingga airnya hanya tersisa satu gelas saja. 
  • Minum ramuan ini satu kali sehari secara teratur.
Tingkat Daya Tahan Tubuh
Daun salam juga bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh kerana daun salam mengandung vitamin C dan memiliki sifat antioksidan semula jadi sehingga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk mendapatkan khasiat daun salam, campurkan daun salam dalam masakan.



Sumber: Wikiwand

Rawatan Penyakit gout

Daun salam juga sangat bermanfaat untuk menangani gout. Ia mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin C yang dapat membantu mengubati gout. 

Cara Penyediaan Rebusan Daun Salam Bagi Rawatan Penyakit Gout:
  • Sediakan 10 lembar daun salam yang sudah dijemur kering. 
  • Cuci daun terbabit hingga bersih. 
  • Rebus daun salam dengan 10 gelas air dan biarkan sampai hanya tinggal tujuh gelas. 
  • Minum air daripada rebusan daun salam terbabit semasa masih panas.

Membantu Program Diet Sihat
Mengambil air rebusan daun salam juga dapat menjadi salah satu penyelesaian diet semula jadi kerana daun salam mengandung enzim dan serat. 

Cara Penyediaan Rebusan Daun Salam. 
  • Sediakan 30 lembar daun salam, cuci bersih dan rebus dalam empat gelas air. 
  • Didihkan dan biarkan sampai airnya tinggal separuh. 
  • Tunggu hingga sejuk dan minum ramuan ini dua gelas setiap hari secara rutin sebelum tidur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Kenali Pokok Semambu dan Cara Menggunakan Daun Semambu Bagi Rawatan Demam Campak

Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai daun mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Nama saintifik bagi daun semambu ialah Azadirachta indica. Daun semambu dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Terdapat pelbabagi nama lain bagi daun semambu seperti:
  • Neem
  • Arya Veppu
  • Azad Dirakht
  • Nimba
  • DogonYaro
  • Margosa
  • Neeb
  • Nimtree
  • Vepu
  • Vempu
  • Vepa
  • Kohomba
  • Vempu
  • Tamar
  • Indian Lilac
Sumber: Wikiwand

Keistimewaan Daun Semambu
Daun semambu adalah sejenis pokok perubatan yang digunakan dalam kaedah perubatan alternatif di seluruh dunia kerana terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan tersebut. Sifat anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus adalah kelebihan yang tidak dapat dijumpai dalam tumbuhan lain menjadikan pokok semambu begitu istimewa.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun Semambu
Daun semambu adalah pokok 1001 kegunaan yang selalunya didanam di halaman rumah. Jika anda mempunyai pokok semambu, jangan terkejut kalau rumah anda sering dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali untuk meminta sedikit daun semambu yang anda tanam. Di antara kegunaan daun semambu ialah:

1. Mengurangkan kegatalan akibat demam campak dan demam cacar

Ini adalah kegunaan daun semambu yang paling diketahui ramai. Bila ada ahli keluarga yang terkena dua penyakit ini, pasti ada yang akan mencadangkan anda untuk mencari daun semambu untuk mengurangkan kegatalan yang dialami. Bagaimana cara untuk menggunakan daun semambu bagi dua penyakit ini? Anda boleh gunakan daun semambu dengan cara:
  • Jadikan sebagai air mandian. Ramas daun semambu sehingga hancur dan campurkan dalam air mandian pesakit.
  • Gunakan untuk melibas bahagian badan yang kegatalan.
  • Mengalas tempat tidur pesakit.
Sumber: Warisan Petani

2. Menghilangkan penyakit kulit

Daun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan penyakit kulit dengan berkesan. Di antara penyakit kulit yang boleh diatasi dengan daun semambu ialah:
  • Ekzema
  • Alahan kulit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Kurap
  • Kulat air
  • Panau
Caranya ialah dengan cara menumbuk daun semambu sehingga lumat dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Anda juga boleh amalkan mandi dengan air daun semambu yang telah diramas. Amalkan selalu dan anda akan melihat kesannya kepada kulit anda.

3. Rawatan untuk kulit terbakar
Mungkin anda tidak tahu bahawa daun semambu boleh digunakan untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kecemasan sebaik sahaja terbakar dan boleh juga digunakan untuk luka terbakar yang lama dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan parut. Caranya ialah:
  • Ambil segenggam daun semambu
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tumbuh sehingga daun lumat dan menjadi pes
  • Tampal pada bahagian kulit yang terbakar
  • Biarkan sehingga pes tadi kering dan ganti dengan pes yang baru
4. Rawatan kulit kepala
Kegunaan daun semambu yang seterusnya ialah sebagai rawatan kulit kepala bagi mencegah dan mengurangkan masalah keguguran rambut, mengurangkan uban , mengtasi kegatalan kulit kepala dan merawat kelemumur. Caranya:

  • Ambil sedikit daun semambu
  • Ramas sehingga hancur
  • Masukkan ke dalam sedikit air
  • Setiap kali mandi, selepas anda sudah siap bersyampu dan bersabun, ambil air rendaman daun semambu tadi dan basahkan seluruh kepala. Urut bagi memastikan air tadi sampai ke kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa.
5. Mengawal paras gula dalam darah

Khasiat daun semambu yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah untuk mengawal paras gula dalam darah. Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa paras gula dalam darah berada dalam bacaan yang normal. Ini kerana bacaan gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejaskan kesihatan. Caranya: 
  • Minum air rebusan daun semambu setiap hari pada waktu pagi dan petang sehingga bacaan gula anda menjadi normal.

Sumber: Warisan Petani

Semoga perkongsian cara menggunakan daun ini memberi manfaat pada rakan-rakan.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot