Sunday

Pepasan - Timun Yang Sedap Dibuat Ulam

Pepasan, papasan, atau timun padang (Coccinia grandis) ialah timun dari sayur buah yang sedap dibuat ulam. Pepasan kadang-kala disalah anggap sebagai timun tikus kerana bentuknya seperti timun bersaiz kecil.

Taburan

Pepasan tumbuh semulajadi dari Afrika hingga sekitar Asia Tenggara. Ia ditanam dan digunakan sebagai sayur terutamanya oleh orang Malaysia, Thailand, Indonesia, dan India. Kebanyakannya tumbuh liar di kawasan terbuka seperti padang rumput, bahu jalan, pagar, dan pinggir hutan atau memanjat pokok lain.



Sumber: Wikiwand


Morfologi

Pokok jenis saka yang memanjat (sulur yang ringkas), sepanjang 20 m; ada akar yang menjadi ubi; batang muda berwarna hijau, yang matang bertompok putih dan berkayu. Daun jenis ringkas, kedudukan berselang-seli; tangkai daun 1-5 cm panjang; lai daun membujur lebar atau hampir membulat, 3-12 cm panjang dan 3-15 cm lebar. Bunga jantan 1-4 kuntum pada satu jambak, lazimnya 1-2 kuntum sahaja; tangkai bunga 0.7-7 cm panjang; kelopak berwarna oren atau kuning dengan urat berwarna hijau. Bunga betina sekuntum pada satu buku; tangkai bunga hingga 2.5 cm panjang; ovari 1.5 cm panjang; kelopak bunga seperti bunga jantan. Buah ada jenis memanjang tirus seperti timun kecil, memanjang kembung seperti labu kecil atau hampir bebola, 3-7 cm panjang, 1-3.5 cm lebar, berwarna hijau dengan jalur putih semasa muda, dan menjadi merah setelah masak.

Penanaman

Pepasan ditanam dengan biji atau keratan batang. Penanaman dengan biji tidak berapa digunakan kerana pepasan ada pokok jantan dan betina (diesius). Oleh itu, pokok yang ditanam dengan biji tidak tentu menghasilkan buah. Keratan batang daripada pokok betina ditanam terus di tapak yang kekal atau di tapak semaian sebelum dipindahkan.


Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2 m x 1.5 m. Junjung jenis sistem trelis disediakan untuk membolehkan pokok merambat atau menjalar dengan sokongan. Peringkat awal perlu diajar anak pokok naik ke junjung dan biarkan tumbuh menjalar sendiri kemudiannya. Kaedah paling mudah ialah dengan menanam pokok pepasan di depan rumah dan biarkan ia merayap di atas pagar.

Penyakit dan Perosak



Sumber: Wikiwand

Antara penyakit yang menyerang pepasan adalah serangan Antraknos (Collectotricum spp.), kulapok berdebu (Erysiphe chichoracaeum) dan downy mildew (Peronospora cubensis). Kawalan menggunakan racun kimia dan amalan kultura menjadi pilihan yang mudah. Antara musuh tanaman pepasan adalah seperti serangan Aphid (Aphid spp.), kumbang merah labu (Aulacophora sp.) dan juga lalat buah (Dacus spp.). Kawalan boleh dengan menggunakan racun serangga jenis sentuh atau sistemik.

Khasiat

Daun - 3.5% protein, mineral, provitamin A, dan vitamin lain.[1]
Buah - 94% air, 3% karbohidr at, 1-2% protein, 0.1% lemak, sedikit zat besi, fosforus, kalium, kalsium, niasin, provitamin A, vitamin B1, B2, dan C

Makanan

Pepasan digunakan untuk sayuran dengan pucuk mudanya dijadikan ulam dan ia popular di Thailand. Buah pepasan dimasukkan ke dalam masakan sup atau kari. Buah yang masak selalunya manis manakala jenis liar buahnya sedikit pahit. Isi buah boleh dikeringkan untuk dijadikan makanan ringan dan boleh disimpan lama. Dipercayai ianya dapat digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis.


Sumber: Wikiwand

Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand


Kenali Temulawak - 9 Manfaat Temulawak dan Resepi Penyediaan Jamu Temulawak

Temulawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

Manfaat temulawak telah terbukti dalam perubatan tradisional China. Banyak yang menggunakan temulawak, baik temulawak asli maupun dalam bentuk krim sebagai obat anti peradangan serta penyembuh luka. Lantas, apa saja manfaat temulawak yang telah terbukti secara ilmiah? Berikut ulasannya.

9 Manfaat Temulawak Sebagai Obat Alami
Sumber: hellosehat.com


Apa itu Temulawak?

Temulawak adalah tanaman asli Indonesia yang bentuknya mirip dengan kunyit. Tanaman yang memiliki nama latin Curcuma xanthorrhiza ini biasanya berbentuk seperti silinder dengan diameter 6 cm.

Umumnya, tanaman ini memiliki kulit yang berwarna kuning muda. Sebagai tanaman monokotil, tanaman ini tidak memiliki akar tunggang. Akar yang dipunyai yaitu akar rimpang.

Rimpang adalah bahagian batang yang terletak di bawah tanah. Rimpang juga disebut sebagai umbi akar atau umbi batang. Di antara semua rimpang bergenus Curcuma, rimpang tanaman inilah yang paling besar di antara tanaman lainnya.

Rimpang temulawak terdiri dari rimpang induk dan anakan. Rimpang induknya berbentuk bulat seperti telur dan berwarna kuning tua, sementara bagian dalamnya berwarna jingga kecokelatan.

Dari rimpang induk ini keluar rimpang kedua yang lebih kecil dan tumbuh ke samping. Biasanya jumlahnya sekiar 3 sampai 7 buah.


Pada awalnya, Curcuma xanthorrhiza banyak tumbuh di hutan, terutama hutan jati bersama jenis temu-temuan lainnya. Tumbuhan ini biasanya banyak tumbuh di padang alang-alang dan tanah-tanah kering. Namun sekarang ini temulawak banyak dibudidayakan di dataran tinggi.

Perbezaan Kunyit Dan Temulawak

Sumber: hellosehat.com

Jika dilihat sekilas, kunyit dan temulawak tampak sangat mirip. Bahkan manfaat kunyit dan temulawak pun cukup mirip. Oleh kerana itu, kebanyakan orang akan keliru diantara keduanya. Agar tak salah pilih, berikut adalah perbezaan kunyit dan temulawak yang perlu diketahui:

Daun: Kunyit memiliki daun tunggal dengan bentuk memanjang hingga 20-40 cm dengan lebar daun 8-12,5 cm. Daunnya memiliki bentuk seperti tulang yang menyirip dengan warna hijau pucat. Daun kunyit memiliki hujung dan pangkal yang runcing dengan tepi daun yang rata. Sementara itu, temulawak memiliki daun yang lebar dihubungkan dengan pelepah dan tangkai daun yang agak panjang.

Batang: Kunyit memiliki batang semu dengan tinggi 40-100 cm. Sementara temulawak memiliki batang semu dengan tinggi mencapai 2.5 meter.

Rimpang: Rimpang kunyit bercabang-cabang sehingga membentuk rimpun. Rimpang berbentuk bulat panjang dan membentuk cabang berupa batang yang berada di dalam tanah.

Rimpang kunyit biasanya ditumbuhi tunas yang tumbuh ke samping, mendatar, dan melengkung. Tunas berbuku-buku pendek dengan bentuk lurus atau melengkung. Warna kulit rimpang kunyit biasanya jingga kecokelatan atau berwarna terang agak kuning kemerahan.

Sementara itu, rimpang temulawak biasanya memiliki ukuran yang lebih besar dibandingkan dengan kunyit. Satu hal lain yang cukup mencolok antara temulawak dan kunyit, yaitu daging kunyit berwarna lebih pekat alias oranye kemerahan, sedangkan temulawak biasanya berwarna kuning pudar. Temulawak juga memiliki rasa yang lebih pahit dibandingkan dengan kunyit.

Bunga: Kunyit memiliki bunga majmuk, berambut, dan bersisik. Mahkotanya memiliki panjang 3 cm dan lebar 1.5 cm berwarna kuning dengan kelopak berbentuk silindris.

Sementara itu temulawak biasanya memiliki bunga berwarna putih kemerahan atau kekuningan. Panjang tangkai bunganya sekitar 1.5 sampai 3 cm dengan bunga yang langsung keluar dari rimpang. Bunga utamanya berwarna merah dengan kelopak hijau muda dan pangkal bunga berwarna ungu.

Kegunaan Temulawak

Di kepulauan Jawa pokok temu lawak ini sangat terkenal dalam perubatan tradsional terutamanya jamu. Temu lawak biasanya dimakan mentah atau direbus bersama herba lain untuk mendapatkan khasiatnya. Temu lawak berkhasiat untuk mencegah dan mengatasi hepatitis, penyakit hati, membantu pencernaan, gangguan ginjal, menurunkan paras kolesterol dalam darah, anemia/kurang darah, melancarkan peredaran darah, malaria, demam, demam campak, reumatik, sakit pinggang, melancarkan perjalanan haid, keputihan, sembelit, menambah selera makan, batuk, asma, radang saluran nafas, radang kulit, jerawat, bintik hitam, meningkatkan stamina, batu karang, melambatkan proses penuaan dan menjaga bentuk badan agar sentiasa mantap dan ramping.

Sumber: hellosehat.com


Manfaat Temulawak


  1. Mengatasi masalah sistem pencernaan
  2. Mengatasi osteoarthritis
  3. Mencegah serta membantu pengubatan
  4. Ubat Anti Radang
  5. Antibakteria
  6. Ubat Jerawat
  7. Menjaga kesihatan hati
  8. Ubat Diuretik
  9. Antipasmodik
obat flu alami
Sumber: hellosehat.com

Resepi Jamu Temulawak

Untuk mendapatkan manfaat temulawak, herbal yang satu ini biasanya diolah sebagai jamu atau minuman. Sekarang mungkin sudah tersedia beberapa temulawak di pasaran.


Namun, jika ada anda mahu mencuba membuatnya sendiri, anda tidak perlu khuatir. Berikut adalah resepi jamu temulawak yang anda boleh cuba dirumah:

Resepi

Bahan-bahan
50 gram temulawak
20 gram asam kawak tanpa biji
25 gram kencur
10 gram jintan
100 ml air suam
100 gram gula aren (gula nipah asli dari Borneo)
2 lembar daun pandan

1 liter air

Cara membuat

  1. Iris temulawak dan kencur, goreng dalam kuali.
  2. Campur temulawak, asam kawak, kencur, jintan, dan 100 ml air suam menggunakan blender, sisihkan.
  3. Didihkan air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  4. Campurkan campuran temulawak dengan rebusan air gula, aduk rata kemudian saring.
  5. Sajikan dalam keadaan hangat atau dingin sesuai selera.



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan hellosehat.com