Wednesday

Kenali Pokok Serai Serta Kebaikan Dan Kehebatannya

Serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika termasuk Malaysia,  Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan  China. 

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.


 
Sumber: Wikiwand

Di antara manfaat Serai yang Luar Biasa

1. Menurunkan kolesterol 
Daun serai mempunyai elemen citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolesterol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

2.  Detoksifikasi
Serai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui air kencing. Ia sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin. Serai juga membantu membersihkan buah pinggang dengan meningkatkan kekerapan kencing.

3. Mengurangkan risiko kanser
Citral dalam serai bersifat antikanser yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Ia boleh mematikan sel-sel kanser secara langsung atau meningkatkan sistem imun supaya badan mampu melawan kanser dengan sendirinya. Teh serai turut digunakan sebagai terapi semasa kimoterapi radiasi dengan bimbingan ahli onkologi. 

4. Menghalang bakteria staphylococcus aureus
Minyak serai mempunyai kapasiti antibiofilm dan berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh staphylococcus aureu. Ia mengandungi fenol dan minyak pati yang boleh mengganggu pertumbuhan jangkitan dan kuman serta menghalang pembentukan biofilm. 

5. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi masalah gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus, sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

 6.  Merawat insomnia
Teh serai dan minyak serai sangat berkesan untuk menenangkan saraf. Ia membantu anda tidur dengan cepat dan lena. Minum secawan teh serai sebelum tidur dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Kualiti tidur yang baik diperlukan untuk minda dan badan yang sihat.

7. Melegakan gangguan pernafasan
Serai digunakan secara meluas untuk merawat batuk dan selesema. Kandungan vitamin C dalam serai membantu melegakan selesema dan gangguan pernafasan lain seperti asma bronkial.

8. Merawat demam
Serai sering dirujuk sebagai ‘rumput demam’ kerana sifat antipiretik yang membantu meredakan demam seperti ubat konvensional.  

9.  Mengubati jangkitan kulit
Serai mengandungi kandungan zat antimikrob dan antibakteria. Kandungan tersebut berkesan untuk mengubati jangkitan pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti jangkitan kulit, keracunan makanan, dan menghilangkan bau badan.

10. Mengurangkan kesakitan
Serai boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan seperti sakit kepala atau migrain disebabkan sifat analgesiknya. Fitonutrien yang hadir dalam serai dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu meredakan kekejangan otot. Ia juga dapat merawat luka, lebam serta kecederaan dalaman. 

11. Meningkatkan fungsi sistem saraf
Minyak pati yang terkandung dalam daun serai bermanfaat untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Hal ini kerana minyak serai memberikan kesan menyamankan, melegakan otot dan kekejangan. 

12. Merawat diabetes
Serai memberi kesan positif terhadap diabetes jenis-II. Ia membantu melegakan gejala dan mengawal paras gula dalam darah. Serai mengandungi citral yang sangat berkesan untuk mengekalkan tahap insulin yang baik dalam darah. 

13.  Melegakan keradangan
Dua sebatian utama dalam serai, iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat untuk melegakan keradangan.

14.  Menguatkan imunisasi
Sistem imun yang kuat menjamin kehidupan yang sihat. Serai mempunyai banyak sifat penyembuhan. Ia membantu menyembuhkan organ pernafasan, jantung, anemia dan lain-lain penyakit. Sitokin adalah molekul yang terlibat dalam komunikasi sel-sel dan bertindak sebagai mediator untuk meningkatkan respon imun, manakala serai menenangkan molekul ini dengan mengurangkan keradangan di dalamnya.

15.  Penjagaan kulit
Serai mempunyai ciri-ciri astringen dan antiseptik yang sangat berguna dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ia adalah ramuan yang digunakan dalam minyak malam dan serum untuk mencegah keradangan kulit. Anda perlu menggunakan minyak serai yang dicairkan dalam rutin penjagaan kerana ia mempunyai kesan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit sekiranya tidak digunakan dengan betul.

16. Kesihatan selular
Serai bersifat antioksidan yang membantu melindungi sel-sel badan dari radikal bebas yang diperoleh dari oksigen. Kuasa antioksidan boleh membantu dengan pembentukan semula sel-sel baharu dan menghapuskan sel lama. Kandungan folat dan kalium dalam batang dan daun serai menggalakkan pembahagian sel dalam badan. 

17. Melegakan bengkak
Campuran serai dengan rempah ratus dapat dijadikan pes untuk merawat bengkak-bengkak sendi dan otot. 

18. Aromaterapi 
Serai terkenal dengan ekstrak minyak pati untuk aromaterapi. Ia menjadi pelega kepada masalah penghadaman, muntah, batuk, keletihan dan banyak lagi. Sapukan minyak pada bahagian tubuh yang tidak selesa, dan ia akan menyerap serta memberi kesan kelegaan. Kesan sejuk dari minyak serai juga melegakan badan ketika cuaca panas dan melancarkan peredaran darah.

19. Mengatasi obesiti
Serai mengandungi citral yang telah terbukti berkesan mengatasi masalah obesiti. Ia mengurangkan pengumpulan lemak abdomen dan membantu mencegah kenaikan berat badan. 

20.  Menghilangkan bau badan
Serai digunakan dalam penghasilan deodoran kerana sifatnya yang antibakteria. Deodoran membantu memerangi masalah bau badan yang tidak menyenangkan dan mencegah jangkitan kulat atau bakteria. 

 21. Penghalau serangga
Serai dijadikan sebagai penghalau serangga semulajadi dan membantu mencegah berlakunya penyakit bawaan serangga seperti malaria dan denggi.

22. Digunakan dalam masakan
Selain bermanfaat untuk kesihatan, serai lazimnya digunakan dalam masakan asia, terutamanya masakan Malaysia, Vietnam, dan Thailand. Ia digunakan sebagai penambah rasa dalam sup, kari atau teh.  

23. Mengatasi anemia
Serai sangat membantu dalam mengatasi anemia dan mencegahnya di peringkat awal. Pengambilan serai akan membantu mengekalkan tahap hemoglobin dan mencegah sebarang penyakit yang berkaitan dengan kekurangan zat besi.

24. Mengatasi masalah artritis 
Minyak pati serai sangat berguna dalam rawatan kesakitan untuk artritis. Ia digunakan secara khusus untuk mengurut sendi, iaitu rheumatoid arthritis. Penggunaan serai juga membantu menenangkan keradangan pada sendi.

 25. Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok boleh diatasi dengan menggunakan serai. Caranya adalah tumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Suzy Honey