Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.
Sumber: Warisan Petani
Resipi Sambal Ikan Belimbing Buluh
Sambal Ikan Belimbing Buluh:
- 3 ekorkan kerisi (atau apa shj jenis ikan yang anda suka) di panggang tawar .Di ambil isinya sahaja.
- 5biji belimbing buluh
- 1 bunga kantan di bakar
- 5biji cili padi atau mengikut tahap kepedasan yg dimahukan
- Sedikit belacan
- Garam/gula
Tumbukkan cili padi sehingga hancur dan masukkan bahan2 di atas sehingga sebati.
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Suzy Honey