Sumber: Wikiwand
Sejarah Pokok Tebu
Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.
Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.
Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.
Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.
Sumber: Wikiwand
Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]]. Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.
Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.
Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip.
Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia, dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan, ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun, tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam.
Kebaikan Air Tebu
Air tebu juga mengandungi antioksidan serta vitamin. Sering mengamalkan minum air tebu adalah lebih menyihatkan berbanding mengambil kadar gula.
Air tebu juga mempunyai rasa manis dan gulanya yang semulajadi serta diproses dengan cara yang betul. Air tebu juga memiliki kalori sebanyak 15 kalori sahaja. Air tebu juga terdiri daripada fruktosa, sukrosa dan banyak jenis glukosa yang berjumlah 13 gram serat makanan.
Ia juga sangat jaya dengan serat dari segi pemakanan yang mempunyai sebatian polifenol yang boleh membantu keseluruhan kesihatan badan anda serta dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Terdapat banyak lagi manfaat yang boleh anda perolehi dari air tebu.
Berikut merupakan beberapa kebaikan yang ada pada air tebu yang bukan hanya menghilangkan dahaga semata-mata.
Kini ramai peniaga yang meniaga bermacam-macam jenis minuman seperti ais kepal, teh ais, air buah-buahan dan banyak lagi jenis air yang menyegarkan diluar sana. Tinggal anda pilih saja yang mana satu menjadi kesukaan anda bagi menghilangkan rasa dahaga masa musim panas. Air tebu juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.
Pada masa yang sama, air tebu juga boleh melancarkan aliran air kencing dengan mudah dan cepat. Malah ia juga boleh membantu buah pinggang kita berfungsi dengan baik dan sempurna. Seandainya air tebu digabungkan dengan jus limau, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat merawat demam kuning (J. Food Ag-Ind. 2010, 3(04). 453-461).
Selain itu juga, air tebu turut mengandungi asid glycolic yang boleh mencegah tumbuhnya jerawat dan pada masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan kesan parut dan menghalang penuaan serta mampu menjaga kulit anda daripada kekeringan.
Rupa-rupanya, air tebu bukan hanya menjadi penghilang dahaga sahaja,malah banyak khasiat yang boleh kita perolehi darinya. Sebaiknya anda amalkan minum air tebu supaya anda kekal rasa segar dan sihat selalu. Selamat mencuba.
Sumber: Wikiwand
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot