Thursday

Kenali Pokok Gelenggang Yang Boleh Merawat Panau Dan Kurap

Pokok Gelenggang adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botani pokok Gelenggang adalah Cassia Alata.

Terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Gelenggang adalah salah satu daripadanya, ia adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia adalah tumbuhan tropika dan subtropika. 

Tumbuhan ini dikelasifikasikan dalam keluarga Caeasalpiniaceae berkaitan dengan Mimosaceae dan Fabaceae (dahulunya dikenali sebagai Papilionaceae: kacang, kekacang, cengkih semanggi, dan sebagainya) boleh dikumpulkan dalam keluarga terbesr (superfamily) kekacang (legumes). 

Sumber: Wikiwand

Ia memiliki bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Sumber: Herba & Tumbuhan

Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm Tree atau "candle tree". Satu spesis Senna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan dari genus nya sendiri, Herpetica

Nama Lain Bagi Pokok Gelenggang: 

Cassia, wild senna, fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, ringworm cassia, guajava, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco (Inggris), gelenggang.ludangan, ketepeng badak (B.Malaysia), Sulok (Serawak), andadasi, palochina (Tagalog).

Kegunaan Rawatan Bagi Panau, Kurap dan Ekzema

Dalam perubatan tradisional, Gelenggang digunakan bagi merawat panau atau kurap. 

Caranya: 

  1. Daun gelenggang dilumatkan tanpa air. 
  2. Campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya. 
  3. Campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap. 
  4. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. 
  5. Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.


Kegunaan Tradisional Bagi Rawatan Sembelit

Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.

Penyediaan dan Aplikasi Untuk Rawatan Sembelit
  1. Tumbuk atau hiris secawan biji, daun dan bunga gelenggang kepada ukuran mampu urus kemudian rendamkan dalam air mendidih selama 10 hingga 15 minit untuk dijadikan teh herba gelenggan.
  2. Biarkan sehingga sejuk dan diminum tiga kali sehari. 
  3. Teh herba gelenggang yang disediakan mampu bertahan selama satu hari. 
  4. Sediakan teh herba baru bila perlu. Pucuk dan buah, dikeringkan tanpa biji, di rendam (infusion): 5 hingga 20 gram seliter, cawan pada waktu malam. 
  5. Terdapat juga herba gelenggang yang dijadikan dalam jenis serbuk dan ekstrak (sennosides A dan B, sennosides kalsium). 
  6. Di anggarkan dos berkesan harian sebanyak 25 mg sennosides. Begitu juga dalam bentuk pati tincture diguna 50 titis sehari. 
  7. Dalam beberapa jam diantara pengambilan herba gelenggang, kesan dari julab akan memberi hasil positif yang baik bagi kolon akan berubah dalam bentuk bakteria sebelum bertindak balas keatas keadaan.
Kegunaan Tradisional Bagi Minuman Teh

Daun Gelenggang segar juga di petik dan dikeringkan. Setelah daun-daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan perut.

Sumber: Herba & Tumbuhan

Sumber: Herba & Tumbuhan

Kegunaan Secara Tradisional Untuk Masalah Kulit 

  1. Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan  pelbagai penyakit berkaitan jangkitan parasit 
  2. Untuk gigitan serangga. 
  3. Sebagai agen anti bakteria. 
  4. Memberi khasiat kepada kulit. 
  5. Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat) 
  6. Ekzema 
  7. Gatal-gatal 
Penyediaan dan Aplikasi Untuk Masalah Kulit
  1. Tumbuk daun Gelenggang dan perah air nya atau sapu airnya pada tempat terjejas dua kali sehari sehingga sembuh. 
  2. Losyen gelenggang juga boleh terdapat secara komersial untuk rawatan penyakit kulit. 

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Herba & Tumbuhan

Kenali Pokok Sentul dan Buah Sentul - Yang Semakin Dilupai

Pokok Sentul (Sandoricum koetjape (Burman f.) Merr.) ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

Sumber: Wikiwand

Asal Pokok Sentul


Pokok Sentul dipercayai berasal dari bekas Indochina dan Semenanjung Malaysia, dan telah diperkenalkan ke India, Borneo, Indonesia, Moluccas, Mauritius, dan Filipina dimana ia telah berkembang biak. Ia biasanya dituai di kawasan tersebut dan buahnya banyak dijual di pasar menurut musim.

Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. 

Pokok Ini Semakin Jarang Ditemui

Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. 

Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm. Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. 

Pokok sentul tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata. Memandangkan pokok ini tahan cuaca, ia boleh tumbuh di kawasan bermusim panas yang panjang. 

Buah Sentul

Buah sentul enak dimakan. Buahnya berbentuk bebola, berdiameter 5–7 cm, berwarna kuning keemas-emasan dan berbulu lembut. Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. 

Sumber:  FRIM


Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. 

Khasiat Pokok Sentul

Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. 

Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. 

Sumber:  FRIM


Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. 

Pokok yang semakin dilupai ini boleh dijumpai di Arboretum Buah-buahan FRIM.


Sumber rujukan: FRIM dan Wikiwand


Kenali Pokok Putat Yang Mempunyai Banyak Nama.

Pokok Putat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Barringtonia spp. Terdapat sekitar 40 spesies Barringtonia.

Sumber: Wikiwand



Ia juga dikenali dengan nama berikut apalang, putat, putat aying, butut darat, penggung, putat sungai, putat ayam, putat ayer, kye-bin, kyi, som-pawng, chik ban, chik suan, dan putat kampong.




Pokok Putat merupakan pokok yang agak kecil dengan ketinggian sekitar 15 meter. Batangnya sekitar 8 sm merentas dan dahan sekitar 1 to 1.5 sm merentas. Daunnya licin tidak berbulu dan antara 30 hingga 50 sm panjang dan 8 hingga 20 sm lebar. Ia bujur dan amat berkilat. Ia memiliki bentuk meruncing kebelakang dan pada dasarnya berbentuk baji. Tangkai bunga biasanya pada julai dahan, sekitar 30 hingga 80 sm panjang dan terjuntai. Boleh terdapat sehingga 120 bunga. Buahnya bersegi lapan dan sekitar 6-8 sm panjang dan 3-5 sm lebar. Biji benih di dalam tempurung dalam buah sekitar 3 sm kali 1.5-2 sm lebar. Ia agak leper pada satu arah.

Jenis-jenis Pokok Putat

  • Putat Laut / Butun (Barringtonia asiatica).
  • Putat Kampung (Barringtonia racemosa)
  • Barringtonia speciosa J.R.Forst. & G.Forst
  • Putut Darat
  • Putat Sungai
  • Putat Ayam
  • Putat Air
  • Pokok Putat Gajah / Pokok Putat Bukit Putih ("Barringtonia macrostachya" atau Sinonim B. acuminata Korth., B. balabacensis Merr., B. cochinchinensis (Blume) Merr. ex Gagnep.)[1]





Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Wikiwand


Pokok Akar Saga. Bijinya Simbol Cinta

Pokok Akar Saga atau Akar Belimbing, Saga Kenari, Saga Akar, Saga Betina[1] , Saga Laut[2], atau pokok tasbih (Abrus precatorius) (bahasa Inggeris: Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) adalah sejenis tumbuhan legum yang mempunyai daun-daun pinat yang kecil. Bijinya banyak digunakan sebagai manik serta di dalam peralatan muzik. Bijinya amat beracun tetapi kurang berbahaya jika ditelan memandangkan biji saga mempunyai lapisan kulit yang tebal.


Sumber: Wikiwand

Toksin Pokok Akar Saga


Toksin yang terkandung di dalam biji saga mempunyai hubungan rapat dengan sejenis ricin dipanggil abrin. Ia merupakan sejenis dimer yang terdiri daripada dua subunit protein, dinamakan jenis A dan B. Rantaian B berfungsi mengangkut abrin ke dalam sel dengan mengikat kepada beberapa protein pengangkutan ke membran sel, yang kemudian mengangkut toksin tersebut ke dalam sel. sebaik sahaja berada di dalam sel, rantaian A mencegah sintesis protein dengan menyahaktifkan sub-unit 26S di dalam ribosom. Satu molekul abrin boleh menyahaktifkan sehingga 1,500 ribosom sesaat. Tanda-tanda keracunan adalah sama seperti ricin, kecuali dos maut bagi ricin adalah lebih kurang 75 kali ganda daripada dos maut abrin. Abrin boleh membunuh dengan jumlah edaran kurang daripada 3 μg (mikrogram).



Biji Saga Sangat Dihargai

Biji saga sangat dihargai sebagai barang kemas asli disebabkan warnanya yang terang. Biji ketiga dengan hilum (kesan pemasangan) berwarna hitam, manakala yang lain pula berwarna merah terang, seolah-olah kumbang kura-kura. Pembuatan barang kemas dengan biji saga adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat luka pada jari semasa menebuk biji tersebut untuk dijadikan manik. Walau bagaimanapun, biji saga sudah lama dianggap sebagai simbol cinta di negara China.

Sumber: Wikiwand



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Wikiwand


Kenali Pokok Hempedu Bumi - Dijadikan Ubat Darah Tinggi

Pokok Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.

Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Daun Hempedu Boleh Dijadikan Ubat

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.



Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Wikiwand


Kenali Pokok Kapas Hantu

Pokok Kapas Hantu merupakan sejenis pokok dalam keluarga Sterculiaceae. Nama saintifiknya adalah Abroma augustum Linn. Pokok kapas hantu merupakan tumbuhan herba berbatang lembut yang berasal dari India. Pokok ini dalam famili yang sama dengan bunga raya dan kacang bendi iaitu malvaceae. Pokok kapas hantu membiak melalui biji benih dan ubi.


Sumber: Wikiwand


Manfaat Pokok Kapas Hantu :

  • Ubi, buah dan pucuk kapas hantu boleh dimakan.
  • Biji kapas hantu mengandungi minyak 'fatty musky' dan mempunyai bauan amber. Ia berguna dalam pembuatan minyak wangi.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan dan Facebook