Thursday

Kenali Pokok Gelenggang Yang Boleh Merawat Panau Dan Kurap

Pokok Gelenggang adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botani pokok Gelenggang adalah Cassia Alata.

Terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Gelenggang adalah salah satu daripadanya, ia adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia adalah tumbuhan tropika dan subtropika. 

Tumbuhan ini dikelasifikasikan dalam keluarga Caeasalpiniaceae berkaitan dengan Mimosaceae dan Fabaceae (dahulunya dikenali sebagai Papilionaceae: kacang, kekacang, cengkih semanggi, dan sebagainya) boleh dikumpulkan dalam keluarga terbesr (superfamily) kekacang (legumes). 

Sumber: Wikiwand

Ia memiliki bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Sumber: Herba & Tumbuhan

Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm Tree atau "candle tree". Satu spesis Senna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan dari genus nya sendiri, Herpetica

Nama Lain Bagi Pokok Gelenggang: 

Cassia, wild senna, fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, ringworm cassia, guajava, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco (Inggris), gelenggang.ludangan, ketepeng badak (B.Malaysia), Sulok (Serawak), andadasi, palochina (Tagalog).

Kegunaan Rawatan Bagi Panau, Kurap dan Ekzema

Dalam perubatan tradisional, Gelenggang digunakan bagi merawat panau atau kurap. 

Caranya: 

  1. Daun gelenggang dilumatkan tanpa air. 
  2. Campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya. 
  3. Campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap. 
  4. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. 
  5. Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.


Kegunaan Tradisional Bagi Rawatan Sembelit

Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.

Penyediaan dan Aplikasi Untuk Rawatan Sembelit
  1. Tumbuk atau hiris secawan biji, daun dan bunga gelenggang kepada ukuran mampu urus kemudian rendamkan dalam air mendidih selama 10 hingga 15 minit untuk dijadikan teh herba gelenggan.
  2. Biarkan sehingga sejuk dan diminum tiga kali sehari. 
  3. Teh herba gelenggang yang disediakan mampu bertahan selama satu hari. 
  4. Sediakan teh herba baru bila perlu. Pucuk dan buah, dikeringkan tanpa biji, di rendam (infusion): 5 hingga 20 gram seliter, cawan pada waktu malam. 
  5. Terdapat juga herba gelenggang yang dijadikan dalam jenis serbuk dan ekstrak (sennosides A dan B, sennosides kalsium). 
  6. Di anggarkan dos berkesan harian sebanyak 25 mg sennosides. Begitu juga dalam bentuk pati tincture diguna 50 titis sehari. 
  7. Dalam beberapa jam diantara pengambilan herba gelenggang, kesan dari julab akan memberi hasil positif yang baik bagi kolon akan berubah dalam bentuk bakteria sebelum bertindak balas keatas keadaan.
Kegunaan Tradisional Bagi Minuman Teh

Daun Gelenggang segar juga di petik dan dikeringkan. Setelah daun-daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan perut.

Sumber: Herba & Tumbuhan

Sumber: Herba & Tumbuhan

Kegunaan Secara Tradisional Untuk Masalah Kulit 

  1. Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan  pelbagai penyakit berkaitan jangkitan parasit 
  2. Untuk gigitan serangga. 
  3. Sebagai agen anti bakteria. 
  4. Memberi khasiat kepada kulit. 
  5. Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat) 
  6. Ekzema 
  7. Gatal-gatal 
Penyediaan dan Aplikasi Untuk Masalah Kulit
  1. Tumbuk daun Gelenggang dan perah air nya atau sapu airnya pada tempat terjejas dua kali sehari sehingga sembuh. 
  2. Losyen gelenggang juga boleh terdapat secara komersial untuk rawatan penyakit kulit. 

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Herba & Tumbuhan