Thursday

Pokok Kunyit Hitam - Tumbuhan Yang Sukar Ditanam

Kunyit Hitam (Curcuma aeruginosa Roxb.).  Pada fizikalnya tumbuhan ini mempunyai daun yang berwarna hijau biasa, pelepah dan kedua-dua sisi bawah daun berwarna merah kehitaman manakala isinya pada mulanya berwarna seakan purple dan berwarna hitam apabila matang. Tumbuhan herba ini sukar ditanam kerana jangkamasa tumbuhnya 3 bulan. 


Sumber: Warisan Etnobotani

Digunakan secara tradisional bagi kesihatan manusia dan haiwan kerana dikatakan tinggi nilai oksidanya.  Herba ini pada dasarnya membantu memulihkan sel-sel pada organ yang disebabkan pengoksidaan dan seterusnya membantu memanjangkan  jangka hayat manusia dan haiwan.


Sumber: Warisan Etnobotani

Kunyit Hitam yang sebenar terkait dengan nilai mistik dalam kehidupan orang-orang tua zaman dahulu malahan Kunyit Hitam yang dihebohkan tersebut memang ada, biasanya tumbuh di pergunungan atau dalam bahasa mudah di banjaran tinggi seperti Banjaran Titiwangsa.

Sumber: Warisan Etnobotani



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani