Monday

Kenali Pokok Bakung - Tampal Daunnya Untuk Merawat Sakit Sendi

Dikenali juga dengan nama Bakung.  Tumbuhan ini bersifat sejuk dan memerlukan teduhan.  Kini herba ini dijadikan tanaman hiasan kerana daun dan bunganya yang cantik.  

Daunnya sepanjang 3-4 kaki panjang. Pokok ini mempunyai kelebaran 5 kaki - 8 kaki apabila matang.

Ia juga dikenali dengan nama Bakoh, Bawang Tembaga, Bunga Tembaga Suasa.

Pokok Bakong merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh dari bebawang. Daun Bakung biasanya memanjang sehingga 2 meter dari pangkal tanah sehingga hujung daun. Daunnya sepanjang 50-150 cm panjang, berbentuk tirus atau lebar, dengan kelebaran 3.5 sehingga 20 cm lebar.

Bunganya berwarna putih dan wangi pada waktu malam. Kelopak bunga sepanjang 6-12.5 cm dan 4-12 mm lebar.

Sumber: Warisan Petani

Ia digunakan sebagai ubatan dalam perubatan tradisional. Pokok Bakung memerlukan banyak cahaya matahari.

Daunnya berkhasiat untuk sakit kepala dan salah sendi (Daunnya diketuk dan ditampal ditempat yang sakit).  

Ingatan:  Bagi Salah Sendi pastikan jumpa pakar atau tukang untuk memulihkan sendi ke tempat asal kemudian barulah ditampal dengan daun herba ini. 

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Cara Penyediaan Pokok Ati-Ati Sebagai Air Rebusan Merawat Cirit Birit

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.


Sumber: Warisan Petani

Keunikan Pokok Ati-Ati
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.



Sumber: Warisan Petani

Cara Penyediaan Sebagai Air Rebusan
 Daun Ati-ati ini digunakan secara tradisional untuk menghilangkan rasa mabuk laut, ceret-beret, pedih hati dan sakit perut.  Cara menggunakannya untuk mabuk laut ialah dengan daunnya direbus dan diminum 3 hari sebelum belayar.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot