Friday

Daun Rerama Hijau - Salah Satu Penawar Herba Kepada Kanser dan Penyakit Kronik

Nama saintiļ¬k: Mariposa Christia Vespertillonis. Asal tumbuhan herba ini adalah daripada Rantau Asia. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. 

Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.

Sumber: Khazanah Purba

Khasiat Daun Rerama
Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi 'active ingredient' yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Sumber: Khazanah Purba


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot