Saturday

Kenali Daun Mangkuk - Biasa Digunakan Sebagai Pokok Pagaran

Tumbuhan ini biasanya digunakan sebagai pokok pagaran atau hiasan.  

Dalam perubatan tradisional daunnya digunakan untuk mengurangkan keguguran rambut dan akarnya pula digunakan untuk penyakit kulit seperti Badang (campuran bersama akar Petawali, akar Terung  Pagar dan daun Badang Hitam).

Sumber: Warisan Etnobotani


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani


Kenali Khasiat Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum Dulcificum

Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya.  Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).  

Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. 

Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis.
Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. 

Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.


Sumber: Warisan Etnobotani 

Khasiat Daun Pokok Ajaib

Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. 


Sumber: Warisan Etnobotani 



Khasiat Buah Ajaib
Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.  

Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin.  

Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.  

Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai.  Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak.  

Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani


Kenali Temu Kunci - Khasiat Hebat Herbal Tradisional Ini

Pokok Temu kunci (Boesenbergia rotunda (L.) Mansf. syn. Curcuma rotunda L., B. pandurata (Roxb.) Schlechter, Kaempferia pandurata Roxb.) adalah sejenis rempah-ratus yang biasanya digunakan sebagai perasa dalam masakan Asia Tenggara. Bentuk temu kunci agak berbeza dengan temu-temuan yang lain kerana ubinya tumbuhnya tumbuh menegak ke bawah.

Sumber: Wikiwand

Pelbagai Panggilan
Ada yang menyebutnya hanya “kunci”, “temu konci”, hingga “temo kunce”

Khasiat Temu Kunci:
Berikut adalah khasiat dan kebaikan temu kunci:


Mengatasi gangguan pencernaan
Temu kunci mengandungi senyawa pinostrobin yang membantu melindungi kesihatan usus, serta organ pencernaan yang lain.


Tidak hanya itu, daun dari temu kunci juga dipercayai punya sifat antibakteri, antiradang, serta antioksidan yang berguna untuk mengubati berbagai masalah pencernaan.



Sumber: hellosehat.com

Umumnya, tanaman ini memiliki kulit yang berwarna kuning muda. Sebagai tanaman monokotil, tanaman ini tidak memiliki akar tunggang. Akar yang dipunyai iaitu akar rimpang.

Mencegah Gigi Berlubang
Streptococcus mutans dan Lactobacillus adalah bakteri yang hidup di dalam mulut. Namun jika jumlahnya berlebihan, dua bakteri tersebut biasa menyebabkan karies dan gigi berlubang. Uniknya, ekstrak dari temu kunci mengandungi senyawa aktif yang mampu untuk melawan racun dari bakteri tersebut.


Anda biasa menggunakan temu kunci sebagai ubat kumur atau dicampur bersama ubat gigi. 

Kesihatan buat wanita:
  1. Temu kunci terkenal sebagai bahan jamu untuk kesihatan wanita khususnya dalam campuran jamu daun sirih dan temu kunci.
  2. Bagi anda yang kekurangan selera makan,  temu kunci membantu anda menambah selera makan.
  3. Temu kunci juga dipercayai membantu mengurangkan panas tubuh atau sariawan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan hellosehat.com


Kenali Tumbuhan Berubat Mata Pelanduk - Digunakan Untuk Perubatan Tradisional

Dikenali juga dengan nama Mata Ayam.  Tumbuhan berubat ini bersifat sederhana iaitu tidak sejuk dan tidak panas.  Ia mudah ditemui di kebun getah, bukit rendah malah tanah pamah.  Dalam formulasi pembuatan ubat tradisional spesies yang hidup di bukit-bukit rendah dan tanah pamah digunakan kerana ia mempunyai khasiat yang lebih.  

Ciri-ciri Mata Pelanduk

Buahnya yang masak berwarna merah dan rasanya sedikit manis manakala batangnya berwarna kelabu dengan akarnya berkulit merah tua.  

Digunakan Untuk Perubatan Tradisional

Warisan perubatan tradisional yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi mengatakan rebusan akarnya membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah dan terseliuh. 

Akstrak Digunakan Untuk Merawat Kelumumur

Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan.  Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi. 


Sumber: Warisan Etnobotani

Kehadiran teknologi moden, akar tumbuhan ini boleh diakstrak untuk mendapatkan patinya bagi mengelakkan anda menelan kapsul.  

Biasanya ubat tradisional yang terdapat di dalam kapsul di pasaran mengandungi akar-akar kayu yang dimesinhalus dan mengikut kajian saintis German ke atas akar Tongkat Ali yang dimesinhalus bila ditelan hanya 90% sahaja yang dikeluarkan oleh badan manakala 10% lagi tinggal di dalam badan.  Menyedari hakikat ini, maka adalah penting anda menggunakan cara lama (rebus) atau cara baru (akstrak).



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani