Ciri-ciri Mata Pelanduk
Buahnya yang masak berwarna merah dan rasanya sedikit manis manakala batangnya berwarna kelabu dengan akarnya berkulit merah tua.
Digunakan Untuk Perubatan Tradisional
Warisan perubatan tradisional yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi mengatakan rebusan akarnya membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah dan terseliuh.
Akstrak Digunakan Untuk Merawat Kelumumur
Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan. Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi.
Sumber: Warisan Etnobotani
Kehadiran teknologi moden, akar tumbuhan ini boleh diakstrak untuk mendapatkan patinya bagi mengelakkan anda menelan kapsul.
Biasanya ubat tradisional yang terdapat di dalam kapsul di pasaran mengandungi akar-akar kayu yang dimesinhalus dan mengikut kajian saintis German ke atas akar Tongkat Ali yang dimesinhalus bila ditelan hanya 90% sahaja yang dikeluarkan oleh badan manakala 10% lagi tinggal di dalam badan. Menyedari hakikat ini, maka adalah penting anda menggunakan cara lama (rebus) atau cara baru (akstrak).
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani