Wednesday

Ada Apa Dengan Daging Lembu Ini? Guna Daging Kuda Dan Kanggaru, Sindiket ‘Meat Cartel’ Dilaporkan Sudah 40 Tahun Beroperasi

Tular baru-baru ini apabila media melaporkan terdapat sindiket daging seludup haram yang dibawa Malaysia serta diberi tanda halal untuk diniagakan. Penawaran daging haram ini nyata mengejutkan pelbagai pihak serta membuatkan para pembeli berasa tidak senang.


Terbaharu, dilaporkan terdapat anggota kerajaan yang menerima rasuah serta menjadi tali barut kepada kumpulan ini dengan memberi pelepasan untuk daging sejuk beku ini diniagakan di pasaran dengan cop halal.


Rasuah sekitar RM150 antara RM3,000 antara yang ditawarkan bagi mengaburi mata pihak yang bertugas bagi memastikan proses berjalan dengan ‘lancar’.

Lebih mengejutkan pengguna, laporan daripada NST memaklumkan sindiket ini bukanlah perkara baharu di Malaysia. Malah, sindiket ini sudah 40 tahun bertapak di Malaysia dengan penawarkan daging seludup. Harganya yang rendah sekaligus menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkannya.

Dari segi pemilihan daging, difahamkan sindiket ini berjaya mengurangkan kos dengan menawarkan daging lembu yang sakit. Selain itu, daging kuda dan kanggaru antara yang dicampur bersama daging lembu.

Sebagai rekod, kartel daging ini berjaya menawarkan daing seludup sebanyak 300-400 kontena sebulan di mana satu kontena membawa 25 tan daging sejuk beku bagi memenuhi ‘permintaan’ pelanggan yang tertipu dengan daging luar negara dan disangka halal.


Berdasarkan laporan, daging-daging ini diperoleh daripada negara Canada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Spain, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan juga China.

Untuk pengetahuan, daging yang menerima pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuma terdiri daripada negara Australia, Argentina, Brazil, India, South Africa, Pakistan, Japan, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Setakat ini pihak polis dan kastam sedang berusaha keras dalam memastikan sindiket daging seludup ini dapat dibanteras dalam memastikan umat Islam tidak tertipu dengan daging haram dengan label cop halal ini.

Sumber: The Vocket