Tetapi tahukah anda, jambu batu merah ini sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat lain termasuk daunnya.
Bantu penurunan berat badan
Jambu batu merah dapat membantu kerana kandungan kalorinya yang rendah.
Tidak hanya kalorinya rendah, jambu batu merah juga kaya dengan serat yang mengenyangkan.
Melegakan 'period pain'
Tanyalah mana-mana wanita, setiap kali datang bulan ia pasti mengganggu aktiviti harian mereka tapi ketidakselesaan itu mungkin dapat dikurangkan dengan memakan jambu batu merah.
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan ekstrak daun jambu batu merah sebanyak enam miligram setiap hari dapat mengurangkan rasa sakit ketika haid.
Sumber: merdeka.com
Mengatasi masalah sembelit
Ekstrak daun jambu batu merah kaya dengan anti bakteria dapat membantu melawan bakteria penyebab masalah sembelit atau cirit birit.
Anti kanser
Walaupun pelbagai kajian masih dilakukan namun daun buah ini juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti kanser selain menghentikan pertumbuhan sel-sel baru dalam badan pesakit
Menurunkan tekanan darah
Bagi pesakit darah tinggi, elok mengamalkan makan pink guava kerana kandungan antioksidan di dalamnya boleh membantu menurunkan tekanan darah dan melebarkan pembuluh darah
Meningkatkan sistem imun tubuh
Vitamin C cukup penting dalam meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang dan sumber vitamin itu kaya dalam jambu batu merah.
Menjaga kesihatan kulit
Ingin nampak lebih muda dan berseri? Amalkan makan buah ini kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidaan yang melambatkan penuaan.
Menurunkan kadar gula
Ekstrak daun pink guava dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes jika diamalkan setiap hari.
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot