Tuesday

Kenali Pokok Kenanga - Pokok Klasik Ini Telah Ditanam Sejak Zaman Dahulu

Pokok Kenanga ditanam kerana bunganya yang menarik dan berbau harum serta kekal lama. Pokok klasik ini telah ditanam sejak zaman dahulu kerana bunganya  mengandungi  khasiat perubatan herba dan kegunaannya yang pelbagai.

Bunga pokok Kenanga berwarna hijau semasa muda dan menjadi kuning apabila matang. Bunganya digunakan sebagai ramuan mandian  untuk mengurangkan bau badan. 

Dijadikan Bahan Utama Dalam Bunga Rampai
Ia juga dijadikan bahan utama dalam membuat bunga rampai kerana baunya yang harum. Disamping itu bunga pokok Kenanga banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk meredakan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Bunga kenanga juga dijadikan bahan utama untuk menghasilkan minyak wangi dan produk kecantikan.


Sumber: Warisan Petani

Ditanam Sebagai Tanaman Hiasan
Pokok Kenanga yang biasa ditanam sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah adalah tumbuhan renek berkayu yang sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu. Untuk mengawal pembesarannya, ia perlu dipangkas selalu. Pemangkasan juga dapat menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang akan mengeluarkan lebih banyak bunga. Pokok Kenanga renek tidak berbuah, jadi ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut/markot.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

 
Sumber: Warisan Petani


Pokok Kenanga renek merupakan tanaman hiasan tradisional yang perlu ada di persekitaran rumah kita. Walau pun kita tidak lagi memanfaatkan khasiat herbanya, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kepupusannya.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot