Friday

Yang Diharap Tidak Dapat. Apa Dah Jadi? Graduan Ini Kecewa Kerana Sangka Reputasi Universitinya Boleh Buatkan Dia Dapat Gaji Tinggi

Sering kali kita diajar untuk tidak membandingkan tempat melanjutkan pelajaran sebaliknya apa yang dilakukan sewaktu belajar di universiti yang menentukan hala tuju seseorang dalam menempuh alam pekerjaan.


Namun lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat individu yang meluahkan kekecewaan beliau di Facebook Utar Confession selepas sekadar memperoleh gaji RM3,000 sebulan.

Menurut individu ini, beliau layak untuk menerima gaji lebih melihatkan Sunway University lebih popular dan menawarkan yuran lebih mahal berbanding rakannya yang ‘sekadar’ belajar di Universiti Malaysia serta memperoleh CGPA 4.0.

Beliau juga seolah memperlekeh Universiti Malaya dengan melabelkan universiti ini tidak lebih sekadar sebuah universiti awam.

Kenyataan yang dibuat secara confession ini nampaknya telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen dimana kebanyakannya agak terkejut bagaimana individu ini begitu yakin membandingkan Sunway University dengan graduan Universiti Malaya yang lulus dengan CGPA 4.0.


Kedudukan Universiti Malaya yang tersenarai sebagai antara 50 universiti terhebat dunia sudah cukup menjelaskan status Universiti Malaya menurut netizen.

Sumber: The Vocket