Monday

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Lidah Buaya? Jom Belajar Cara Buat Jus Lidah Buaya Yang Mengancam Ini

Lidah Buaya ialah salah satu tumbuhan antara 250 spesies Aloe serata dunia. Lidah buaya ialah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain di mana ia tumbuh liar. 

Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.

Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

Sumber: cookpad.com

Ramuan Jus Lidah Buaya (4 Gelas)

  • 6 batang lidah buaya saiz besar
  • 1 sudu makan kapur sirih
  • 1 sudu teh garam
  • 150 gram gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu makan biji selasih, rendam dalam air panas
  • 1 liter air
  • Ketulan Ais


Langkah

  • Hiris duri lidah buaya dan kupas kulit nya, potong kiub kecil.



Sumber: cookpad.com

  • Masukkan ke dalam bekas berisi air yang di campur kapur sirih dan garam.
  • Rendam selama 1 jam, kemudian ramas dan bersihkan hingga lendir nya hilang.
  • Bilas hingga bersih dan toskan.


Sumber: cookpad.com
  • Panaskan air di dalam periuk, masukkan gula dan daun pandan.
  • Masukkan potongan lidah buaya dan perahan jus limau kasturi.
  • Masak hingga mendidih.
Sumber: cookpad.com
  • Angkat dan tuang ke dalam gelas, masukkan ketulan ais dan biji selasih. Enak di minum dingin atau hangat.
Sumber: cookpad.com


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan cookpad.com

Sunday

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Daun Kaduk? Jom Belajar Resipi Udang Bakar Daun Kaduk

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. 

Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

Sumber: CookPad dan Wikiwand

Bahan-Bahan dan Ramuan

  • 10 ekor udang - bersihkan
  • 1 peket perencah ikan bakar adabi
  • 6-7 helai daun kaduk*
  • daun kesom - hiris halus*
  • 2 batang bunga kantan - hiris halus*
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus*
  • 4-5 batang bendi - hiris nipis*
  • Daun pisang

Sumber: CookPad dan Wikiwand

Langkah-Langkah

  • Udang di bersihkan dan di lumur dengan perencah ikan bakar adabi.
  • Susun udang yang telah dilumur dengan pes di atas daun pisang. 
  • Letak kan bahan hiris yg bertanda* di atas udang. 
  • Bungkus kemas daun pisang. Letak atas kuali dan letakkan sikit minyak. 
  • Bakar hingga udang bertukar warna anggaran 15-20 minit. 
  • Jangan bakar terlalu lama nanti udang keras. 
  • Matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama dengan hirisan limau. 
  • Selamat mencuba



Sumber: CookPad dan Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan CookPad

Saturday

Ada Apa Pada Gelam Tikus? Ketahui Khasiat Dan Kegunaan Pokok Ini

Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari di kampung-kampung kerana rasanya yang enak . Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. Tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan Madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli di kawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih ditidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu) .

Sumber: Wikiwand

Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil) . Habitat semula jadinya selalunya di kawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar di pinggir sawah padi. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan landskap yang popular iaitu kelat paya. 

Dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama. jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga.

Kegunaan
Sebagai tumbuhan ulam dan pagaran

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Pokok Sukun? Ketahui Khasiat dan Cara Menanam Pokok Ini

Pokok sukun merupakan salah satu pokok buah-buahan tidak bermusim yang banyak ditanam di negara kita. Pokok sukun merupakan pokok saka yang boleh menjadi besar dan tinggi sekiranya tidak dipangkas dan akan menyukarkan kita untuk mengutip hasilnya. Ia mengeluarkan bunga jantan dan betina pada satu pokok dan bunga betinanya yang akan menjadi buah sukun. Keseluruhan bahagian pokok sukun mengandungi cecair getah berwarna putih.

Buah sukun tidak menghasilkan biji benih, oleh itu ia tidak dibiakkan melalui biji benih. Pembiakan pokok sukun biasanya melalui keratan akar yang akan menghasilkan anak benih dan seterusnya disemai ke dalam polibeg. Pokok sukun boleh juga dibiakkan melalui cantuman mata tunas menggunakan anak pokok terap sebagai pokok penanti. Biji benih buah terap disemai dalam polibeg, dan dilakukan cantuman mata tunas sukun pada anak pokok terap tersebut.


Sumber: Wikiwand

Buah Sukun Digoreng
Hasil pokok sukun yang utama ialah buah sukun. Buah sukun yang matang biasanya digoreng seperti pisang goreng. Ia juga boleh direbus atau pun dimasak sebagai sayuran. Buah sukun boleh dijadikan kerepek sukun tetapi kerepek sukun tidak boleh disimpan lama seperti kerepek buah-buahan lain kerana ia cepat keras. Buah sukun yang terlalu matang akan menjadi lembik, biasanya boleh dibuat jemput-jemput (cekodok sukun).

Sumber: Wikiwand

Cara Penanaman Pokok Sukun Ini
Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap. Di Malaysia, ada dua jenis pokok sukun iaitu sukun berbiji (sukun hutan) dan sukun tidak berbiji (ditanam secara komersil).

Bahan tanaman sukun biasanya diperolehi dari sulur akar pokok (terbaik), bagaimanapun untuk pengeluaran komersial benih diperolehi dari tut, keratan dan cantuman dan jarang-jarang dari biji.

Anak benih di masukkan dalam lubang yang berukuran 30cm x 30cm x 20cm yang telah dibubuh baja asas dan bahan organan. Jarak tanaman disyorkan ialah 8 meter x 10 meter.

Pastikan pokok sukun mendapat cahaya metahari sepenohnya. Pokok sukun cepat membesar dan selepas 1 tahun mencapai ketinggian sehingga 7 meter.


Sumber: Wikiwand

Pembajaan pokok sukun menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 1 kilogram sepokok untuk tahun pertama dan baja organik.

Pastikan menabur baja dengan betul kerana pokok sukun mempunyai akar rambut dipermukaan tanah. Tabur sedikit diluar kanopi pokok.

Pokok berbuah selepas 1-2 tahun ditanam dan berikan baja 12:12:17:2 sebanyak 1-2 kg sepokok dan baja organik.

Antara masalah dihadapi dalam penanaman pokok sukun ialah serangan ulat pengorek batang yang mampu membunuh pokok sukun jika tidak dikawal.

Kawalan menggunakan racun kimia sistemik (pastikan buah tidak dikutip selepas menggunakan racun tersebut sehingga PHI tamat).

Ada petani membubuh Furadan 3G untuk kawalan, tetapi racun ini mempunyai kesan sisa baki dalam tanah.

Serangga perosak yang biasanya menyerang pokok sukun ialah Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengorek Buah dan juga Mati Rosot.

Pokok sukun juga mudah mati jika akar terendam dalam air melebihi 48 jam. Pastikan kebun mempunyai saliran yang baik.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan sentiasapanas.com

Friday

Ada Apa Pada Pokok Bebuas? Ketahui Cara Penyediaan Air Rebusan Bagi Rawatan Tradisional

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup.

Sumber: Wikiwand

Ciri Botani
Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Cara Penyediaan Air Rebusan Pokok Bebuas Bagi Rawatan Kecacingan dan Menambah Susu
Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat jika dimakan mentah sebagai ulam. Angin dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh sendi dan kembung perut. Secara tidak langsung amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah tersebut. 


Sumber: Wikiwand

Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu. Untuk masalah kecacingan beberapa helai pucuk bebuas direbus hingga mendidih bersama segelas air, air ini diberikan kepada pesakit sekali sehari. Untuk menambahkan susu ibu, cara yang sama digunakan, 

cuma pastikan air rebusan ini diminum pada peringkat awal proses penyusuan dan bukannya setelah susu hampir kering. Air rebusannya juga dapat menghilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan air tawar.Ia juga di katakan dapat mencegah penyakit yang berjangkit melalui udara seperti SARS tapi masih tidak dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Ulam Raja? Pokok Perhiasan Yang Dijadikan Perubatan Tradisional

Ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat (merah jambu pucat) atau putih. 

Sumber: Wikiwand

Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar di semua negara asean. ia mengandungi 0. 3 peratus protein, 0. 4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.


Sumber: Wikiwand

Kegunaan
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. 

Klorofom yang di ekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E. choli.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Monday

Ada Apa Pada Tumbuhan Herba Kacang Malabar? Dibuat Ramuan Untuk Cairkan Kahar. Ketahui Caranya

Merupakan tumbuhan herba yang tumbuh liar di kawasan pergunungan himalaya. Mempunyai bunga berwarna putih atau ungu. Daunnya berbentuk ringkas dengan panjangnya 4 hingga 4 inci dan lebarnya lebih kurang 2 inci. Tumbuhan ini biasa dijumpai tumbuh liar di India. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai rasa pahit.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan dan Cara Membuat Ramuan Untuk Mencairkan Kahak
Bersifat expectorant yang boleh mencairkan kahak ia digunakan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, selesema dan batuk kering (tuberculosis) . Ramuan yang disediakan dari kelopak bunga vasaka dan gula batu digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat pesakit batuk kering. Ramuan yang dipanggil gulkant ini disediakan dengan menghancurkan kelopak bunga vasaka dengan gula batu di dalam bekas tembikar. Ramuan ini dijemur pada panas matahari selama sebulan, dikacau pagi dan petang sebelum ia digunakan.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com

Ada Apa Pada Pokok Jeremin? Pokok Jeremin Mampu Menghalau Nyamuk

Pokok ini bukan merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, bermula dari hanya dijual di nurseri seperti cameron highland, kini pokok ini banyak ditanam di sekitar rumah. Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik, sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti di dalam rumah. 

Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain ia mempunyai baunya yang kuat yang akan terhasil apabila kita memegang daunnya. Ia mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Tumbuhan ini mempunyai bunga jika hidup dalam iklim temperat. Tidak diketahui sama ada ia boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika. Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering. tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Ini
Tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada jeda masa tertentu. 

Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. Kegunaannya yang tidak banyak diketahui ialah sebagai ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. Daunnya yang dikisar bersama beras boleh diletakkan pada bahagian yang bermasalah.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com

Sunday

Ada Apa Pada Pokok Jarum Tujuh Bilah? Pokok Jenis Kaktus Yang Boleh Merawat Kanser. Ketahui Cara Petua Rawatan Pokok Ini

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. 

Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. 

Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika selatan, Amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam , kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Bagi Merawat Kanser 
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon (usus besar) , kanser hidung dan juga kanser lain. 

Terdapat 3 cara menggunakannya, 

  • Pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, 
  • Kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari
  • Ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman the selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindak balas sel kanser terhadapnya.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com

Ada Apa Pada Pokok Senduduk Putih? Pokok Hiasan Sebagai Penawar Masalah Cirit Birit Ketahui Cara Penyediaan Rawatannya

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh di kawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesies berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar di sesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Untuk Masalah Cirit Birit
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap) . 

Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampuri dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah. 

Cara Rawatan Untuk Masalah Penyakit Keputihan
Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Biji Sawi? Boleh Dijadikan Penawar Membersihkan Paru-Paru

Biji sawi adalah biji kecil bulat daripada pelbagai pokok mustard. Bijinya pula biasanya berdiameter kira-kira 1 hingga 2 milimeter (0.039 hingga 0.079 in) dan boleh berwarna dari putih kekuningan kepada warna hitam. Ia adalah herba penting dalam banyak makanan serantau dan boleh datang dari salah satu daripada tiga tumbuhan yang berbeza: sesawi hitam (Brassica nigra), sesawi India perang (B. juncea), atau sesawi putih (B. hirta/Sinapis alba).

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Biji Sawi
Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk :

Sumber: Wikiwand

1. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Merangsang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampuri dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Inana Wordpress

Ada Apa Pada Pokok Selasih? Pokok Ulam Yang Berkhasiat

Pokok Selasih adalah sejenis pokok ulam saka yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih berasal dari India dan sekitarnya. Nama botaninya Ocimum basilicum.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun Selasih
Daun selasih antara herba yang mempunyai bau wangi yang tersendiri. Kebiasaannya dimakan mentah dan digunakan sebagai penyedap makanan. 

Ia mengandungi antiseptik dan boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit. Mampu menghilangkan stres dan menolong memperkuatkan hati.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Saturday

Ada Apa Dengan Wanita Ini? Beli Rumah Boleh Dapat Wanita Ini Sebagai Isteri

Demi jodoh, seorang wanita di Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat sini, mengiklankan rumahnya untuk dijual dan bersedia mengahwini lelaki yang membelinya.

Rumah itu terletak di Air Mesu Timur dan wanita bernama Metha Kanzul, 30, bercadang menjualnya dengan harga 185 juta Rupiah (kira-kira RM54,075).

Portal Kompas melaporkan hanya selepas beberapa jam iklan itu dimuat naik di laman sosial, ia menjadi tular termasuk di beberapa kumpulan di WhatsApp.

Metha berasal dari daerah Mesu, Bangka Tengah, Bangka Belitung pernah berumahtangga sebelum ini.

Kini, Metha berstatus ibu tunggal dan tinggal berdua dengan anak lelakinya.


Sumber: Facebook

"Benar, saya mahu jual rumah. Jika ada pembeli dan jodoh, saya sedia bernikah dengannya.

"Apa yang penting, lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak.

"Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga kerana selama ini ibu yang tinggal di sana," katanya.

Sementara itu, Okezone.com melaporkan Metha mengakui menerima banyak kiriman mesej sejak memuat naik iklan berkenaan.

Katanya, ada pihak yang serius bertanya mengenai rumah dan segelintir daripadanya mahu mengenalinya dengan lebih rapat.

"Saya tidak kisah membalas kiriman mesej jika niat mereka betul untuk bertanya mengenai rumah.

"Namun jika tujuannya tidak jelas, saya abaikan saja," katanya.


Sumber rujukan: Harian Metro