Monday

Ada Apa Pada Pokok Jeremin? Pokok Jeremin Mampu Menghalau Nyamuk

Pokok ini bukan merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, bermula dari hanya dijual di nurseri seperti cameron highland, kini pokok ini banyak ditanam di sekitar rumah. Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik, sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti di dalam rumah. 

Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain ia mempunyai baunya yang kuat yang akan terhasil apabila kita memegang daunnya. Ia mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Tumbuhan ini mempunyai bunga jika hidup dalam iklim temperat. Tidak diketahui sama ada ia boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika. Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering. tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Ini
Tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada jeda masa tertentu. 

Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. Kegunaannya yang tidak banyak diketahui ialah sebagai ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. Daunnya yang dikisar bersama beras boleh diletakkan pada bahagian yang bermasalah.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com