Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.
Sumber: Wikiwand
Resepi Jam Bunga Ros
Bahan-bahan:
- 450 g bunga ros merah atau pink 570 ml air
- 480g gula castor
- jus dari 2 biji lemon
- 1 sudu besar air mawar (15 ml) jika suka
Kaedah:
1. Kelopak bunga ros dicuci bersih dan bahagian yang berwarna putih dibawahnya dibuang kerana bahagian ini agak pahit.
2. panaskan air hingga mendidih dalam kuali besar.
3. kecilkan api dan masukkan kelopak bunga ros
4. kacau selama lebih kurang 5 minit hingga kelopak bunga ros menjadi lembut.
5. Tambah gula dan jus lemon.Biarkan mendidih selama 30 minit. Kacau hingga gula hancur dan campuran menjadi pekat. Tambah air mawar.
Sumber: Wikiwand
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot