Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.
Sumber: Wikiwand
Kesan Pada Kucing Peliharaaan
Sepanjang kawasan yang ditanam, ia diketahui mempunyai kesan pada kucing peliharaan, yang bertindak balas dengan kuat dan menggalakkan pada akar pokok. Dari segi ini ia menyerupai "catnip", tetapi kesannya lebih jelas.
Khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.
Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sehingga anda sembuh.
Sumber: Wikiwand
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan spmodels.net