Monday

Pokok Temu Pauh - Rizomnya Berbau Seperti Bau Buah Pauh atau Buah Mangga.

Pokok Temu ada beberapa jenis, salah satunya ialah pokok Temu Tauh. Ia dipanggil Temu Pauh kerana rizomnya berbau seperti bau buah pauh/mangga. 


 
Sumber: Warisan Petani

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.


Sumber: Warisan Petani

Mudah Dibiakkan
Pokok Temu Pauh mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun menggunakan umbisi yang akan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok.

Sesuai Dijadikan Ulam
Rizom Temu Pauh yang muda sangat sesuai dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Bau dan rasanya seolah-olah buah pauh muda dan tidak pahit. Ulaman temu pauh dijadikan makanan pembuka selera seperti ulam-ulaman lain. Ia juga dijadikan salah satu ramuan untuk membuat urab atau kerabu. Umbisi muda temu pauh ini boleh dibuat sambal goreng atau ditambahkan dalam masakan sayuran. 

Jus Temu Pauh Boleh Diminum
Jus temu pauh pula diminum untuk meredakan pelbagai jenis penyakit. 

Bahan Mandian Herba
Daun temu pauh biasanya dijadikan salah satu bahan mandian herba bagi wanita lepas bersalin. 


 
Sumber: Warisan Petani

Bagi tujuan perawatan herba, rizom Pokok Temu Pauh perlu diparut atau diblender untuk mendapatkan jusnya. Jus Temu Pauh dikatakan mengandungi bahan antikanser dan antibakteria.


Hanya Rizom Muda yang sesuai dijadikan ulaman/masakan.
Sumber: Warisan Petani

Ia juga diminum untuk tujuan perawatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah. Jus temu pauh juga boleh mengurangkan batuk dan boleh melawaskan sistem pencernaan kita. Ada juga yang mengatakan, pemakanan temu pauh dapat mengurangkan stress dan awet muda


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot