Pokok kencur hidup melalui umbisi atau rizomnya yang terdapat di dalam tanah seperti pokok kunyit atau halia tetapi pokoknya lebih renek dan bentuk dunnya lebih kecil. Ia hidup berumpun dan mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun melalui semaian umbisinya yang matang. Hasil utama tanaman kencur ialah daunnya yang dijadikan bahan masakan dan ulaman dan umbisinya yang dijadian bahan perawatan herba.
Daun Kencur Dijadikan Bahan Masakan
Daun kencur banyak digunakan oleh masyarakat Jawa untuk masakan pecel ikan atau pun ayam. Daunnya juga dijadikan bahan membuat keluban/urap. Disamping itu, daun kencur dijadikan bahan campuran dalam menu kerabu.
Rizom kencur biasanya dijadikan bahan ramuan masakan seperti kunyit atau halia. Ia juga boleh dijadikan ulaman dimakan bersama nasi. Rasanya agak pedas dan sedikit pahit serta mempunyai aroma yang tersendiri.
Beberapa Khasiat Kencur
Umbisi kencur yang mempunyai pelbagai khasiat herba. Boleh dijadikan bahan penanaman dan akan mengeluarkan rizom baru.
Selain dijadikan bahan ramuan masakan dan ulaman, tanaman kencur juga mempunyai nilai herba yang banyak manfaatnya.
Sumber: Warisan Petani Blogspot
Kencur dapat menambahkan selera makan terutama bagi kanak-kanak dan boleh meredakan pelbagai penyakit seperti batuk, sakit sendi, sakit perut, membuang angin dalam badan, mengurangkan bengkak, muntah
Bahan Perawatan Untuk Wanita
Kencur biasa digunakan sebagai bahan perawatan wanita terutama untuk wanita lepas bersalin. Pengamal makanan kencur dikatakan boleh awet muda.
Sumber: Warisan Petani Blogspot
Jamu Beras Kencur
Jamu beras kencur digunakan oleh masyarakat Jawa untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga dan menghilangkan lenguh-lenguh sendi akibat penat bekerja.
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani Blogspot