Monday

Petua Buat Rakan-Rakan: Cara Menyimpan Halia

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Kepulauan dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).


Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

Sumber: Wikiwand

Kami kongsikan cara menyimpan halia agar kekal segar walaupun sudah sekian lama dibeli (untuk mereka yang tidak menanamnya) atau digali di laman. 

Caranya:

  • Kopek kulit halia dan masukkan halia yang siap dikopek itu di dalam plastik (sebaik-baiknya  jenis yang resealable agar lebih mudah). 
  • Simpan halia di bahagian sejuk beku. 
  • Setiap kali anda perlukan halia, potong sebanyak mana yang anda perlukan dan parutkan sahaja. 

Halia yang disejuk beku memudahkan kerja memarutnya! 

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Kenali Pokok Mulberi dan Belajar Cara Membuat Jem Mulberi

Mulberi (juga disebut kertau) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. 

Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. 

Sumber: Wikiwand

Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Sumber: Wikiwand

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.

Sumber: Wikiwand


Cara Membuat Jem Mulberi

Bahan-bahan:

1. Satu (1) kilo buah mulberi yang masak ranum

2. Jus perahan sebiji lemon

3. Lima ratus (500) gram gula halus(caster). Boleh dikurangkan atau ditambah mengikut kesukaan anda

Kaedah:

Cara membuatnya.


  • Masukkan mulberi bersama jus lemon ke dalam periuk atau kuali.kacau dan biarkan ia mereneh selama 15 hingga 20 minit.
  • Sementara itu panaskan guna di dalam oven. Kacau dan pastikan ia tidak hangus.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan