Wednesday

Ada Apa Dengan Daging Lembu Ini? Guna Daging Kuda Dan Kanggaru, Sindiket ‘Meat Cartel’ Dilaporkan Sudah 40 Tahun Beroperasi

Tular baru-baru ini apabila media melaporkan terdapat sindiket daging seludup haram yang dibawa Malaysia serta diberi tanda halal untuk diniagakan. Penawaran daging haram ini nyata mengejutkan pelbagai pihak serta membuatkan para pembeli berasa tidak senang.


Terbaharu, dilaporkan terdapat anggota kerajaan yang menerima rasuah serta menjadi tali barut kepada kumpulan ini dengan memberi pelepasan untuk daging sejuk beku ini diniagakan di pasaran dengan cop halal.


Rasuah sekitar RM150 antara RM3,000 antara yang ditawarkan bagi mengaburi mata pihak yang bertugas bagi memastikan proses berjalan dengan ‘lancar’.

Lebih mengejutkan pengguna, laporan daripada NST memaklumkan sindiket ini bukanlah perkara baharu di Malaysia. Malah, sindiket ini sudah 40 tahun bertapak di Malaysia dengan penawarkan daging seludup. Harganya yang rendah sekaligus menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkannya.

Dari segi pemilihan daging, difahamkan sindiket ini berjaya mengurangkan kos dengan menawarkan daging lembu yang sakit. Selain itu, daging kuda dan kanggaru antara yang dicampur bersama daging lembu.

Sebagai rekod, kartel daging ini berjaya menawarkan daing seludup sebanyak 300-400 kontena sebulan di mana satu kontena membawa 25 tan daging sejuk beku bagi memenuhi ‘permintaan’ pelanggan yang tertipu dengan daging luar negara dan disangka halal.


Berdasarkan laporan, daging-daging ini diperoleh daripada negara Canada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Spain, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan juga China.

Untuk pengetahuan, daging yang menerima pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuma terdiri daripada negara Australia, Argentina, Brazil, India, South Africa, Pakistan, Japan, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Setakat ini pihak polis dan kastam sedang berusaha keras dalam memastikan sindiket daging seludup ini dapat dibanteras dalam memastikan umat Islam tidak tertipu dengan daging haram dengan label cop halal ini.

Sumber: The Vocket

Ada Apa Dengan Tanda Tangan Tun Mahathir? Masuk Dalam Drama Di Netflix

Netflix merupakan laman penstiman kegemaran ramai untuk ‘binge watch’ drama, filem, dan juga dokumentari. Tidak dapat dinafikan, konten yang disajikan Netflix kepada penggunanya akan menghiburkan para pengguna.

Terbaharu, jadi buah mulut netizen apabila melihat kemunculan tandatangan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah siri drama sejarah The Crown.


Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa terkejut akan ‘details’ yang ditunjukkan dalam siri tersebut. Malah, ada juga yang berharap sejarah seperti ‘The Dawn Raid’ dan kempen ‘Buy British Last’ turut akan muncul dalam siri tersebut.


Untuk pengetahuan anda, The Crown ialah sebuah drama sejarah melalui siri televisyen mengenai pemerintahan Ratu Elizabeth II. Ketika ini, The Crown baru sahaja tamat siri keempat dan ramai sudah menantikan siri kelima ditayangkan.


Bagi anda yang menonton, adakah anda perasan akan ‘small details’ seperti tandatangan Tun Mahathir ini dalam drama bersiri The Crown ini? Jika belum menonton, mari kita sama-sama menontonnya.



Sumber: The Vocket






Tuesday

Ada Apa Dengan Anak Kecil Ini? Mengaji Dengan Jelas, Aaisyah Dhia Rana Dipuji

Anak boleh dikatakan umpama kain putih yang belum bercorak. Untuk melihat corak di kain itu, didikan dan pegaruh yang ditunjuk sejak kecil adalah peranan utama.


Ini merupakan tanggungjawab untuk ibu bapa kepada cahaya mata yang telah dianugerahkan oleh Allah.

Sebagai orang beragama Islam, antara didikan yang paling baik adalah mengenali kitab suci iaitu Al Quran.

Cara untuk mengenali lebih dekat dengan pencipta adalah mendidik anak kecil untuk belajar mengaji dan membaca al-Quran.

Syukur Alhamdulillah, pasangan selebriti terkenal Zain Saidin dan Rozita Che Wan mengambil inisiatif untuk mengajar anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana untuk belajar mengaji.


Tonton video di sini 

Sebelum ini, dikatakan Aaisyah ada belajar mengaji dengan ustazah yang ada datang ke rumah dan ketika musim PKP ini Aaisyah dilihat sering belajar mengaji secara online.

Dalam perkembangan terkini, di laman Instagram milik Aaisyah Dhia Rana, ada satu video yang diupload menunjukkannya sedang membaca al-Quran iaitu surah An-Nasr.

“Ustazah Aaisyah, insyaallah” Itulah yang ditulis di ruangan caption, mungkin oleh Che Ta atau Zain Saidin.

Walaun hanya beberapa saat, ramai yang memberi komen yang positif melihat cara Aaisyah Dhia Rana membaca yang mana amat lancar dan sebutannya baik sekali.

Banyak komen baik diberikan, dan ramai berharap serta mendoakan agar impian benar-benar tercapai iaitu mahu melihat Aaisyah menajdi anak yang solehah sekaligus bergelar ustazah bila sudah dewasa kelak.

“Alahai ustazah kecil ni, comelnya tu. Alhamdulillah semoga cepat dan dapat khatam Al-Quran. Cantik dan berakhlak mulia biar seiring”, Itulah yang ditulis oleh seorang followernya.

Seorang pengguna bernama Puteri Masyi menuls: “Aunty akan doakan agar ustazah Aaisyah dapat lancar baca Quran dan akan khatam Quran, pandai betul dia mengaji”.

Selain belajar mengaji, Aaisyah juga sudah mula belajar dan menunaikan solat.

Bagus betul, inilah antara contoh yang patut dijadikan ikutan buat ibu bapa di luar sana. Tahniah Che Ta dan juga Zain Saidin. Semoga Aaisyah Dhia Rana akan jadi ustazah nanti.

Sumber: The Vocket

Ada Apa Dengan Ryan Kaji? Raih Pendapatan Tertinggi YouTube Ryan’s World Kalahkan MrBeast Dengan Bayaran RM119.5 Juta Setahun

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, kami yakin channel dengan jumlah subscribers yang tinggi ini pastinya antara yang berada dalam tontonan. Hadir dengan konsep unboxing barangan mainan terbaru, channel Ryan’s World berjaya membuatkan kanak-kanak teruja untuk menonton kehidupan seharian Ryan yang indah-indah belaka.


Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih teruja adalah channel Ryan’s World atau sebelum ini dikenali dengan nama Ryan ToysReview berjaya menjadi channel dengan jumlah pendapatan tertinggi di YouTube mengalahkan nama-nama besar seperti MrBeast, Dude Perfect dan ramai lagi.

Kejayaan Ryan Kaji selaku watak utama dalam channel ini yang berjaya membolehkan beliau memperoleh sebanyak $29.5 juta (~RM119.5 juta) pada platform YouTube sepanjang 2020. Lebih hebat, beliau kini baru sahaja berusia 9 tahun dan sudah berjaya disenaraikan dalam Forbes magazine.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali beliau muncul sebagai YouTuber dengan pendapatan tertinggi. Pada tahun lalu, Ryan Kaji berjaya melakukan perkara yang sama dengan pendapatan sebanyak $26 juta (~RM105.3 juta).


Difahamkan kini, beliau sudah berjaya diiktiraf sebagai influencer kanak-kanak serta turut menerima sponsor daripada jenama-jenama seperti Mark & Spencer. Lebih hebat, beliau turut dilamar Nickelodeon dalam menghasilkan rancangan TV beliau sendiri.

Ahli keluarga yang pada awalnya sekadar merakam aktiviti beliau turut terlibat bersama dengan beliau sekaligus menjadikan channel Ryan’s World sebagai pendapatan keluarga.

Melihatkan umur Ryan Kaji yang masih muda, pastinya banyak potensi yang boleh dikembangkan mengenai budak ini pada masa akan datang. Paling hebat sudah pastinya kejayaan beliau yang berusia lapan tahun serta dibantu keluarganya dalam menghasilkan wang mencecah sembilan angka.

Ada Apa Dengan Kedai Sate Ini? 3 Kali 'Makan Lari' Pemilik Kedai Sate Di Kajang Ini Mahu Si Pelaku Lunaskan Bil

Terbaharu, Sate Rono Kajang telah memuat naik perkongsian di Facebook miliknya perihal pelanggan makan ‘lari’ tanpa membuat pembayaran pada Ahad yang lalu dan menuntut pelanggan tersebut melunaskan segala bil-bil mereka.


Menerusi perkongsian tersebut, ini bukan kali pertama pelanggan tersebut makan tanpa bayar tetapi sudah 3 kali melakukan perkara tersebut. Jika pelanggan tersebut tidak menghubungi pihak Sate Rono Kajang, pihaknya akan ‘publish’ video CCTV yang menunjukkan pelanggan tersebut keluar tanpa membuat pembayaran.


Tambahnya, tujuan utama perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan dan kesedaran kepada si pelaku dan orang ramai agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali.

Mengulas lanjut kenapa pihak Sate Rono Kajang tidak mengecam si pelaku walaupun kesalahan berulang, pihaknya mengatakan modus operansi si pelaku datang ketika ramai orang dan juga tidak dapat mengecam semua pelanggan yang keluar masuk kedai.


Menerima mesej daripada netizen yang baik hati untuk membayarkan bagi pihak si pelaku, Sate Rono Kajang mengatakan pihaknya hanya sudi menerima wang daripada si pelaku. Apakah pendapat anda mengenai kes ini?

Sumber: The Vocket

Apa Dah Jadi Dengan Drama Korea Popular Ini Mr Queen? Netizen Korea Selatan Berang

Baru sahaja mencatat sejarah dalam tayangan perdana TvN minggu lalu kerana berjaya mendapat rating kedua tertinggi, drama Mr. Queen kini dilanda kontroversi kerana dianggap mempersendakan figura dan sejarah Korea. Khabarnya, ini bukan kontroversi pertama yang pernah melanda drama ini.


Sebelum ini, drama Mr. Queen pernah dilanda kontroversi walaupun drama tersebut belum ditayangkan. Difahamkan, drama ini diadaptasi dari novel China yang berjudul Tai Zi Fei Sheng Zhi yang ditulis oleh Xian Chen dan juga drama siri China Go Princess, Go! dan perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penulis asal novel itu.

Bagi meredakan isu tersebut, penerbit drama Mr. Queen memohon maaf dan menjelaskan bahawa walaupun drama itu diinspirasikan dari novel tersebut, pihak produksi cuma mengambil inspirasi sekadarsatu bahagian sahaja daripada novel itu sahaja manakala jalan ceritanya adalah berbeza.

Sumber: SOOMPI 

Baru sahaja kontroversi itu reda, drama Mr.Queen sekali lagi dilanda kontroversi sebaik sahaja episod kedua drama tersebut disiarkan. Episod tersebut mengundang kemarahan para penonton Korea kerana terdapat beberapa babak yang dianggap berlebihan dan mempersendakan sejarah.

Para penonton faham bahawa genre drama tersebut adalah komedi. Akan tetapi, walaupun ia berasaskan komedi, perkara tersebut tetap dianggap tidak sensitif, lagi-lagi apabila watak yang ditonjolkan dalam drama tersebut ditulis berdasarkan figura sejarah.

Antara perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati penonton ialah apabila watak dari drama tersebut mengatakan bahawa Catatan Sejarah Dinasti Joseon dianggap sebagai sebuah jirashi sahaja. Untuk makluman, Catatan Sejarah Dinasti Joseon merupakan catatan rekod tahunan yang disimpan dari setiap dinasti dan dianggap sebagai harta negara Korea yang ke-151.

Sumber: Korea Joong Gang Daily

Catatan rekod tersebut merupakan catatan tahunan yang paling panjang untuk sebuah dinasti dari seluruh dunia. Jirashi pula sebaliknya adalah sebuah buletin yang mengandungi spekulasi dan informasi yang tidak sah. Khabar angin juga kadang-kala boleh terdapat di dalam sebuah jirashi.

Selain dari itu, watak Permaisuri Shin Jeong pula digambarkan sebagai seorang yang taksub kepada perkara tahyul dan khurafat. Perkara tersebut telah ditegur oleh wakil dari keturunan Permaisuri Shin Jeong yang mengatakan pihak istana tidak sepatutnya dibuat sebagai bahan lawak.

Antara babak lain yang menerima kecaman ialah apabila watak Permaisuri tersebut dilihat mempersenda rekod sejarah dan memberi komen berunsur jenaka kepada sebuah ritual turun temurun di Kuil Jongmyo. Ekoran dari kemarahan para penonton, team produksi drama Mr.Queen tampil untuk memohon maaf.

“Kami memohon maaf seikhlas hati kepada semua penonton kerana terlepas pandang beberapa aspek. Kami akan melakukan yang terbaik agar para penonton tidak akan rasa tidak selesa lagi apabila menonton drama Mr. Queen pada masa akan datang,” Jelas pihak produksi.

Mereka juga akur dengan kekhilafan mereka terutama sekali kerana mempersendakan Catatan Sejarah Dinasti Joseon dan mengatakan bahawa mereka tidak ada niat untuk memburukkan dinasti tersebut.

“Drama Mr.Queen merupakan sebuah drama komedi di mana kami meminjam figura dari sejarah dan berlatarkan era dahulu. Akan tetapi, hasil penulisan buat drama ini berunsurkan fiksyen. Walau bagaimanapun, kami sedar akan kesilapan kami dan memohon maaf kepada semua kerana menimbulkan rasa tidak selesa. Kami akan berusaha untuk menghasilkan drama yang terbaik,” jelas pihak produksi drama Mr. Queen itu lagi.

Sumber: The Vocket

Apa Dah Jadi Dengan Dato' Vida? “Juri oh juri Ajl, 13 lagu dah dipilih, Karya sedap kena buang, yang so-so suam kuku boleh masuk”.

Nampaknya keputusan pemilihan 12 lagu ke final Muzik-Muzik atau Anugerah Juara Lagu masih hangat lagi dipertikaikan. Kali ini ianya turut menarik minat bekas penaja iaitu Dato Seri Vida.

Ibu kepada Cik B ini ada memberi pendapatnya tentang pemilihan lagu yang layak ke final oleh para juri, dan ianya tak disetujui oleh Datuk Seri Vida.


“Juri oh juri Ajl, 13 lagu dah dipilih, Karya sedap kena buang, yang so-so suam kuku boleh masuk”.

“Keputusan lagu yang bertanding di semifinal Anugerah Juara Lagi kita dah dapat. Tapi lagu yang sedap mana kamu letak wahai juri. Lagu yang sedap dan juga-juta dah tonton namun tidak di bawa ke final Anugerah Juara Lagu, sebenarnya lagu macam mana awak nak?”

“Saya sebagai mantan penaja rancangan ni mahu tahu juga macam mana sebenarnya cara juri pilih lagu-lagu ke AJL, apakah benchmark pemilihan dibuat.”

Kata jutawan ini, lagu yang popular perlu ada sebagai kriteria kerana ianya kenalah sedap didengari dan diterima orang ramai.

“Bagi saya, kriteria lagu yang popular kena ambil kira jugak, jangan sedap pada telinga awak juri-juri sahaja, juri ini kena ada media sosial supaya dapat tahu apa netizen nak. Barulah industri seni ni berkembang dengan karya lebih segar.”

“Saya rasa juri ini laman media macam Instagram, YouTube pun tak ada. Janganlah nak pilih bulu, pilih kasih, asyik-asyik muka yang sama je yang dapat.”

Pendapatnya lagi, pemilihan lagu popular mampu menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu, yang diketahui pernah menjadi antara pertandinga paling berprestij sejak dulu lagi.

“Jika lagu sedap tak masuk tapi lagu sendu boleh masuk, saya rasa juri ada masalah. Old school, dan tidak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap pada telinga juri tapi tengok viewer hanya ada lima ribu saja yang view.”

“Kalau tengok pun, juri asyik yang sama, kesilapan setiap tahun sama saja. Patutnya kena angkat lagu yang orang suka, ini kamu ambil lagu yang kamu suka. Nanti kalau orang tak tonton AJL, juri sajalah yang tengok.”

Itulah luahan yang dibuat oleh Dato Seri Video menerusi satu video yang diupload semalam.

Sumber: News Tel

Apa Dah Jadi Dengan 16 Rider Food Panda Ini? Kena 'Prank' Dapat Tempahan Alamat Yang Sama Dalam Satu Masa

Pandemik COVID-19 telah menguji kita dengan pelbagai cara. Ada yang dibuang kerja, manakala sebahagian lagi dipotong gajinya. Situasi ini telah memaksa mereka untuk bekerja sebagai ‘delivery boy’ bagi mahu relevan dan kekal hidup.


Dan disebabkan itu, apa yang terjadi terhadap rider FoodPanda ini sememang sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab dan bukanlah sesuatu yang positif untuk dilakukan.


Terbaharu, kejadian yang berlaku di Manila, di mana 16 penunggang FoodPanda baru-baru ini terkena ‘prank’ atau usikan yang kebudak-budakkan apabila kesemua mereka menghantar makanan ke alamat yang sama.

Kejadian yang berlaku di rumah Rome Vladimir Agito Cuevas itu tular di laman media sosial Facebook setelah dia memuat naik gambar terbabit. Ia turut mendapat perhatian masyarakat maya.


Bercakap kepada Coconut Manila, dia berkata penghantaran itu bernilai sehingga USD$ 39.00 (RM157.00) dan dihantar ke rumahnya dengan penghantaran tunai atau ‘cash on delivery’.

Dia mengatakan bahawa mungkin dia adalah sasaran mereka yang suka membuat ‘prank’. Tidak mungkin FoodPanda mengalami gangguan dan menghantar banyak penunggang ke rumahnya kerana dia tidak menggunakan aplikasi FoodPanda pada hari tersebut.

“Para penunggang juga terkejut. Tetapi kami tidak marah. Saya hanya terkejut kerana tidak membuat apa-apa pesanan,” kata Cuevas.

Melalui resit yang dipamerkan oleh penunggang foodpanda, pesanan itu datang dari dua pengguna – Triple X dan Keisha Ann Bernabe. Cuevas mengatakan bahawa dia membayar sekitar empat penghantaran. Manakala selebihnya dibayar oleh jirannya.

Sumber: The Vocket

Ada Apa Dengan Iklan Ini? Laungan Azan Terlalu Kuat Punca Iklan Ini Dikecam Netizen

Umum tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang terdiri dengan pelbagai bangsa dan agama. Menghormati satu sama yang lain sudah menjadi kewajipan setiap individu di negara ini.


Dalam pada itu, meskipun sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan, masih terdapat segelintir individu yang gagal dan kurang sensitiviti dalam menghormati agama yang lain.


Menerusi perkongsian daripada sebuah page Facebook yang menjalankan servis pemasangan tingkap di Kuala Lumpur, syarikat ini dilihat telah memuat naik sebuah perkongsian terdiri daripada gambar dan video dengan ‘mengiklankan’ servis soundproof daripada laungan bunyi azan.

Perkongsian syarikat ini nampaknya menjadi tular serta turut mengundang kemarahan para netizen khususnya mereka yang beragama Islam. Berikut antara komen netizen yang berpendapat syarikat ini gagal dalam menjaga sensitiviti umat Islam menerusi perkongsian yang dibuat.


Berdasarkan komen serta saranan orang ramai untuk memboikot servis syarikat ini, page rasmi syarikat ini tidak menunggu lama dalam memuat naik permohonan maaf kepada umat Islam berikutan kesalahan yang dibuat.

Syarikat ini turut menyatakan polisi baharu mereka untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesebuah perkongsian agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

Sumber: The Vocket

Saturday

Ada Apa Dengan Pakcik Ini? Najib Tun Razak Berharap Dapat Menemui Pakcik Ini Selepas Selesai Majlis Pengebumian Bondanya

Selepas beberapa jam selesai majlis pengebumian bondanya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkongsi satu status di dalam Facebook. Di dalam perkongsian status ini, satu gambar pakcik sedang menadah tangan berdoa di luar Masjid Negara ketika bacaan talkin di majlis pengebumian Tun Rahah.


Dalam status Facebook beliau, "Amat menyentuh hati saya melihat ini. Saya tidak kenal saudara tetapi saya berharap dapat bertemu satu hari nanti. Terima kasih atas doa untuk Allahyarhamah bonda. Semoga pakcik sentiasa di bawah rahmat Allah SWT."

Reaksi Netizen

Rata-rata netizen sangat tersentuh hati melihat keikhlasan pakcik ini berdoa dan berharap agar Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menemui pakcik ini.






Sumber: Facebook Najib Tun Razak dan Facebook Mahadi Bin Mahbol.






Ada Yang Terjadi Pada Puteri Balqis? Dipanggil Bantu Siasatan Kerana Dua Video Dai Syed

Penyanyi ini dipanggil setelah polis menemui dua video sambutan birthday Dai Syed Iqmal yang mana Puteri Balqis ada di dalam video berkenaan.


“Betul saya telah dipanggil ke ibu pejabat polis Petaling Jaya tengah hari tadi kerana beri keterangan untuk bantu siasatan berkenaan dakwaan terhadap Dai Syed”.

“Ini kerana pihak polis dah jumpa rakaman video yang mana saya dan dua orang rakan ada menyambut hari jadi Dai Syed Iqmal di sebuah kafe pada tarikh 21 November baru-baru ini”.

“Syukur sangat, semuanya berlangsung dengan lancar dan saya dilayan baik oleh pihak polis. Pada mulanya, saya terkejut setelah menerima panggilan untuk beri keterangan”.

“Memang saya gementar namun tak ada apa yang saya patut risaukan kerana saya tak ada pun buat sebarang kesalahan”.

Puteri Balqis ditemani oleh pengurusnya ketika hadir di balai polis dan berada di sana lebih kurang satu jam.

Tambahnya, hubungannya dengan Dai Syed sekadar rakan biasa dan tiada hubungan lebih dari itu.

“Hubungan kami tak lebih dari itu. Dai Syed hanya kawan selebriti sebab kami berdua sama-sama berkecimpung dalam bidang yang sama. Saya penyanyi dan dia juga penyanyi yang baru keluarkan single”.

Kata penyanyi ini, dia kini hanya mampu doakan agar semua urusan dipermudahkan buat Dai Syed dan juga semua mangsa.

“Sebagai kawan selebriti, saya doakan agar semua urusan Syed disenangkan dan kes ini dapat diselesaikan. Kepada perempuan di luar sana, saya nasihatkan supaya jangan senang percaya dengan kata-kata lelaki yang baru dikenali. Kita kena sentiasa jaga diri”.

Puteri Balqis sebelum ini pernah sertai rancangan Mentor Milenia 2017, dan jelasnya dia hanya mula mengenali Dai Syed sekitar bulan Oktober yang lepas.

Sumber: news-tel.com

Apa Kena Dengan Bilik Stor Yang Kecil Ini? Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515

Umum tahu, harga rumah yang mahal antara yang mendesak orang ramai untuk menyewa. Selain itu, mereka yang sekadar bekerja di sesuatu kawasan dalam tempoh yang tidak panjang antara yang memilih untuk menyewa berbanding membeli sesebuah rumah.


Mengamalkan konsep, bilik sewa sekadar untuk berehat dan tidur, iklan bilik sewa di Singapura ini telah menimbulkan buah mulut orang ramai apabila bilik dengan kelebaran sekadar cukup untuk memuatkan katil beserta kipas ditawarkan dengan harga bulanan setinggi S$500 (~RM1,515).

Meskipun individu yang menyewa bakal menjadi penduduk kondominium mewah di kawasan Boon Keng, Singapura, penyewa sekadar menerima sebuah bilik kecil beserta kipas angin, fasiliti yang ditawarkan kondominum beserta sewa bil elektrik dan air bulanan.

Difahamkan lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan stesen MRT antara yang membuatkan bilik sewa ini disewa dengan harga yang premium.

Di sebalik penawaran bilik kecil ini, para netizen nampaknya tidak terlepas daripada menyoal mengenai soal harga sewaan yang tinggi bagi bilik kecil ini. Tidak kurang juga yang berminat untuk tahu dimanakah pakaian penyewa bakal disimpan dan digantung.


Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat harga yang ditawarkan buat bilik sewa berkenaan bergantung kepada tuan rumah di mana para penyewa yang tidak berminat tidak perlu menyewa di bilik stor ini.


Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah berbaloi untuk berbelanja sehingga S$500 (~RM1,515) sebulan di Singapura semata-mata untuk menginap di ‘kondominium’ ini.

Sumber: the vocket, mothership.org