Tuesday

Ada Apa Dengan Iklan Ini? Laungan Azan Terlalu Kuat Punca Iklan Ini Dikecam Netizen

Umum tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang terdiri dengan pelbagai bangsa dan agama. Menghormati satu sama yang lain sudah menjadi kewajipan setiap individu di negara ini.


Dalam pada itu, meskipun sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan, masih terdapat segelintir individu yang gagal dan kurang sensitiviti dalam menghormati agama yang lain.


Menerusi perkongsian daripada sebuah page Facebook yang menjalankan servis pemasangan tingkap di Kuala Lumpur, syarikat ini dilihat telah memuat naik sebuah perkongsian terdiri daripada gambar dan video dengan ‘mengiklankan’ servis soundproof daripada laungan bunyi azan.

Perkongsian syarikat ini nampaknya menjadi tular serta turut mengundang kemarahan para netizen khususnya mereka yang beragama Islam. Berikut antara komen netizen yang berpendapat syarikat ini gagal dalam menjaga sensitiviti umat Islam menerusi perkongsian yang dibuat.


Berdasarkan komen serta saranan orang ramai untuk memboikot servis syarikat ini, page rasmi syarikat ini tidak menunggu lama dalam memuat naik permohonan maaf kepada umat Islam berikutan kesalahan yang dibuat.

Syarikat ini turut menyatakan polisi baharu mereka untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesebuah perkongsian agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

Sumber: The Vocket