Thursday

Kenali Pokok Setawar Penawar Tradisional Sejak Turun Temurun

Pokok Setawar atau Setawa, merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara pembiakannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Daun pokok setawar yang tebal dan berair itu diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu mampu membekalkan makanan dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun.

Pokok setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok hiasan. Mengikut kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin. Setawar membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi daun yang matang, biji benih dan keratan batang. Pokok setawar sangat lasak dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.

Setawar adalah sejenis tumbuhan saka berair yang tumbuh setinggi 3 hingga 5 kaki. Ia mempunyai batang yang berongga, berdaun hijau pekat yang tebal dan berisi, tepinya bergigi. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. 

Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun Setawar
Tidak ramai yang  sedar akan khasiat tumbuhan ini, am nya di Malaysia. Setawar merupakan sejenis tumbuhan herba dari kategori Crassulaceae dan nama latinnya ialah Kalanchoe pinnata, tetapi di Jawa ianya dikenali sebagai “tiba urip”. Daun setawar dipercayai mengandungi banyak kandungan saponin iaitu sejenis bahan berkhasiat yang mudah larut dalam air dan membentuk larutan sabun. 

Digunakan Untuk Merawat Penyakit Buasir
Selain itu, daun ini juga mengandungi flavonoid dan tanin. Inilah yang membuatkan tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit buasir.

Dapat Membantu Mencegah Kanser
Terbukti secara saintifik ia dapat membantu mencegah kanser. Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit. Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat gangguan perut. Setawar (Kalanchoe pinnata) kerap dirujuk sebagai tumbuhan udara  (air plant). Walaupun tidak secara umum digunakan dalam perubatan di  Amerika, tetapi ia digunakan untuk pelbagai kegunaan perubatan di seluruh kawasan tropika di mana ia tumbuh secara semulajadi.

Sumber: Wikiwand

Digunakan dalam Perubatan Ayuveda
Daun setawar (parnabija) mempunyai nilai perubatan yang tinggi  dalam perubatan Ayuveda dan digunakan untuk tujuan perubatan kedua-duanya, dalaman dan luaran. Daun memiliki sifat-sifat merawat pelbagai seperti  haemostatic, penyejuk  (refrigerant), kepedihan kulit (emollient), pelekat (mucilaginous), pengubat luka (vulnerary), pembersih kotoran (depurative), anti-radang  (anti-inflammatory), jangkitan (disinfectant), dan tonik.  Ia juga berguna dalam keadaan ketidak seimbangan (vitiated) Vata dan pita, terhiris  dan luka, buasir  (hemorrhoids), masalah haid (menorrhagia), perubahan warna kulit, bisul, pembengkakan ulser  (sloughing ulcers), masalah mata (ophthalmic), terbakar, melecur (scalds), berbintik (corn), cirit-birit, disentri, muntah-muntah dan radang akut.   

Nama botani kalanchoe (Kalanchoe pinnata). Orang Bahamians memanggilnya sebagai “Daun hidup” atau Ploppers. Di Bahamas tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit Asma atau sesak nafas. Daun tumbuhan ini akan dilumatkan dan direndam didalam air semalaman. Pada Keesokan harinya rendaman ini diminum sebagai teh "teh kalanchoe" diminum untuk merawat pedih hulu hati, atau digunakan sebagai merawat antibakteria untuk lebam atau sakit kulit. Daun segar yang ditumbuk hancur  digunakan untuk tuam atau ditampal dibahagian kepala untuk sakit kepala, dan jus yang dicampurkan dengan sedikit garam digunakan untuk merawat penyakit paru-paru (bronchitis).

Sumber: Wikiwand


Spesies ini pada mulanya ditemui di Afrika, Madagascar, China, dan kepulauan Jawa.  Pribumi setempat telah menggunakan tumbuhan ini sebagai ubat selama bertahun-tahun lamanya. Manakala di Malaysia dan Amerika Syarikat, tumbuhan ini banyak tumbuh sebagai tumbuhan perhiasan dan bukan bertujuan sebagai  perubatan.

Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot