Thursday

Kenali Pokok Asparagus dan Kehebatan Sayur yang Berbatang Ini Serta Cara Penanamannya

Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin.

Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang dengan anggaran keluasan direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Penanaman asparagus dunia ialah sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan Amerika Utara (52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan Asia (20,000 ha) setiap tahun. Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas diusahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) iaitu 85% adalah pengeluaran asparagus hijau dan 15% asparagus putih. Di Indonesia, kawasan seluas 1,000 hektar asparagus ditanam setiap tahun iaitu 60% untuk asparagus hijau dan 40% asparagus putih.


Sumber: Wikiwand

Khasiat Asparagus
Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 g asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gm protein, 0.2 gm lemak, 2.2 g karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 g vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 g.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterunsya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti jerawat atau kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Sumber: Wikiwand

Penanaman
Penanaman asparagus menggunakan biji benih perlu dismai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan kurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus.

Penyakit dan Perosak
Di Malaysia, tanaman asparagus diserang bintik daun pada bahagian daun oleh kulat Stemphylium botryosum, Cercospora parangi atau Phoma asparagi. Busuk akar lembayung terjadi akibat kulat bawah-tanih Helicobasidium purpureum dan membunuh gelangan akar pokok.

Kawalan dengan semburan racun kulat seperti Mancozeb pada kadar disyorkan. Penyakit layu Fusarium (Fusarium spp) menyerang terutama di kawasan lembab dan terlalu kerap membuat tuaian berlebihan. Kekurangan nutrien baja juga boleh menyebabkan berlakunya serangan layu fusarium. Amalan pertanian baik seperti disyorkan dapat mengelak serangan penyakit ini.

Sumber: Wikiwand

Penuaian
 Pucuk atau tunas asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau.

Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. Bagi asparagus putih, potongan sepanjang 10 cm dari pangkal pucuk muncul bermula di permukaan tanah. Kambus balik pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian ahli agronomi mendapati purata hasil asparagus adalah dalam lingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluruh dunia sekitar 3 mt/ha.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot