Sunday

Kenali Pokok Betik Dan Khasiat Serta Penyediaan Air Rebusan Daun Betik Sebagai Rawatan Herba

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.


Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.


Sumber: Wikiwand

Daun Betik
Daun betik dikenali berkesan dalam merawat penyakit seperti asma, arthritis, kanser dan diabetes.

Sumber: Wikiwand

Khasiat daun betik dengan memakan seperti sayuran atau dijadikan teh herba.

Berikut adalah khasiat daun betik:

  • Mempunyai fungsi diuretik: Meningkatkan penghasilan urin dan sangat berkesan merendahkan tekanan darah.
  • Mengalakkan keazaman ketika bersenam: Dikatakan mencetuskan keazaman untuk melakukan lebih senamana kerana ia merupakan herba yang bebas gula dan lemak
  • Bebas dari gula: Sebagai herba perubatan, daun betik mengandungi hampir tiada gula langsung
  • Rendah karbohidrat: Sangat berkhasiat untuk golongan diabetes
,kkjhuhjui 'i p p nmn jq3W

Cara-cara Penyediaan Sebagai Teh herba

  • Sediakan 3 ke 6 daun betik muda
  • Panaskan dua liter air
  • Rebuskan daun betik sehingga kandungan air tersejat sehingga separuh
  • Biarkan sejuk seketika, tapis air dan boleh tambahkan madu atau herba yang lain


Sumber: Wikiwand


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot