Sunday

Kenali 10 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan Dan Tidak Boleh Dimakan

Cendawan mudah ditemui di dalam hutan atau kebun disebabkan oleh iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Tetapi apa yang kita perlu tahu, tak semua cendawan yang tumbuh itu boleh dimakan. Sesetengah cendawan ini  beracun dan amat berbahaya untuk kita makan. Antaranya adalah cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Sebelum memetik cendawan, mari kita ketahui jenis cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.


Sumber: Bidadari

Cendawan Taugeh - Boleh Dimakan
Jenis cendawan ini biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Saiz cendawan ini amat kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Cendawan ini berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan.

Pasti anda perasan bawah di bahagian bawah cendawan ini terdapat insang berwarna putih. Cendawan ini mempunyai tangkai yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter panjangnya. Cendawan ini boleh dimakan dan biasanya ia dimakan secara goreng atau rebus.

Sumber: Bidadari

Cendawan Kukur - Boleh Dimakan
Cendawan kukur ini biasanya boleh dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Rasanya amat sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya.

Jenis cendawan ini berbentuk seakan kipas yang bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Ia biasanya tumbuh meliar di atas kayu mati dan amat senang dijumpai. Biasanya dimana ada pokok kayu getah mati maka adalah cendawan kukur ini.

Sumber: Bidadari

Struktur cendawan ini amat kenyal dan tidak rapuh. Bahagian atasnya mempunyai bulu yang halus berwarna putih keperang-perangan. Di bawahnya pula terdapat insang yang berwarna coklat.

Cendawan Enokitake - Boleh Dimakan
Cendawan Enokitake adalah jenis cendawan yang boleh dimakan. Ia berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.  Enokitake ini dikenali juga sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas. 

Di tempat beriklim sejuk, cendawan ini tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah. Cendawan ini akan mula banyak pada musim gugur hingga awal musim bunga. Jenis cendawan ini juga diketahui sering tumbuh di bawah lapisan salji.

Sumber: Bidadari

Bukan itu sahaja, ia juga tumbuh di permukaan batang kayu reput dan pohon-pohon yang berdaun lebar. Cendawan Enokitake ini sering dianggap sebagai hama bagi beberapa industri produk pertanian.

Cendawan Tiram - Boleh Dimakan
Cendawan tiram merupakan salah satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dahulu kala. Kini ia ditanam secara komersil di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan yang sama dengan kulat Pleurotus eryngii. 

Sumber: Bidadari

Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bioremediasi. Ia sering digunakan dalam masakan Cina dan Jepun. Jenis cendawan ini juga sering dijadikan sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Cendawan Butang - Boleh Dimakan
Salah satu cendawan yang boleh dimakan dan tumbuh secara semula jadi adalah cendawan butang. Jenis cendawan ini biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah datangnya musim gugur di seluruh dunia. Walaupun ia hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, tetapi populasi spesies ini naik secara mendadak. Kini cendawan butang merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Ia biasanya ditabur di atas piza dan dimakan bersama salad dan sebagainya. Rasanya amat sedap dan menyelerakan.



Sumber: Bidadari

Cendawan Amanita Bisporigera - Beracun
Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.


Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.


Sumber: Bidadari

Cendawan Pholiotina Rugosa - Beracun
Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.


Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.

Sumber: Bidadari

Cendawan Sulfur Tuft - Beracun
Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.

Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.


Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.

Sumber: Bidadari


Cendawan Galerina Sulciceps - Beracun
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di rumah Eropah.

Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin.


Ia merupakan satu siri keracunan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.

Sumber: Bidadari


Cendawan Galerina Marginata - Beracun
Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan.  Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.

Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.

Sumber: Bidadari

Pada badan cendawan yang lebih tua, penutupnya lebih rata dan insang dan batangnya lebih berwarna. Cendawan Galerina marginata tersebar luas di Hemisfera Utara, termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia, dan juga telah dijumpai di Australia. 


Ia adalah cendawan yang tumbuh pada kayu konifer yang reput. Spesies ini yang sangat beracun dan mengandungi amatoksin mematikan yang sama seperti dengan cendawan Amanita phalloides. Memakannya boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk, muntah, cirit-birit, hipotermia, dan akhirnya mengalami kematian jika tidak dirawat dengan cepat. 

Semoga bacaan memberi manfaat pada rakan-rakan.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot