Sunday

Ketahui Khasiat-Khasiat Bunga Telang Dan Resepi Membuat Teh Bunga Telang

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan. 



Sumber: Wikiwand

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Sumber: Wikiwand

Meningkatkan Kewanitaan
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Resepi Teh Bunga Telang
Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

Mengecutkan Jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

Detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.




Sumber: Wikiwand

Mengurangkan Sakit Kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.


Sumber: Wikiwand

Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand, Warisan Petani blogspot dan Bidadari