Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Khasiat daun kari sebenarnya banyak dari sudut perubatan.
Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita.Lebih-lebih lagi kalau masakan gulai ataupun kari. Wajib guna!
Sumber: Wikiwand
Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
Sumber: Wikiwand
Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening.
Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
Sumber: Wikiwand
Rawatan Diabetes
Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.
Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Rambut Panjang Dan Sihat
Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Merawat Gigitan Serangga dan Haiwan Berbisa
Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga. Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
Sumber: Wikiwand
Khasiat Merawat Darah Tinggi
Daun kari juga dikatakan berkesan untuk merawat darah tinggi. Caranya adalah dengan mengawal tekanan darah tinggi dan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Ianya juga dikatakn dapat mengurangkan pening kepala.
Seperti yang diketahui, darah tinggi biasanya sering dikaitkan dengan serangan janting. Oleh itu, secara logiknya boleh dikatakan jika perkara di atas dapat dikurangkan, ianya juga secara tidak langsung mengurangkan kemungkinan serangan jantung.
Sumber: Wikiwand
Semoga bermanfaat.
Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Bidadari