Sunday

Ketahui Khasiat-Khasiat Bunga Telang Dan Resepi Membuat Teh Bunga Telang

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan. 



Sumber: Wikiwand

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Sumber: Wikiwand

Meningkatkan Kewanitaan
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Resepi Teh Bunga Telang
Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

Mengecutkan Jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

Detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.




Sumber: Wikiwand

Mengurangkan Sakit Kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.


Sumber: Wikiwand

Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand, Warisan Petani blogspot dan Bidadari

Kenali Pokok Kari Dan Cara-Cara Penyediaan Bagi Rawatan Diabetes

Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.


Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Khasiat daun kari sebenarnya banyak dari sudut perubatan.

Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari merupakan antara elemen masakan yang penting dalam sajian masakan kita.Lebih-lebih lagi kalau masakan gulai ataupun kari. Wajib guna!



Sumber: Wikiwand

Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

Sumber: Wikiwand

Loya dan Pening
Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening.

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Sumber: Wikiwand


Rawatan Diabetes
Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Rambut Panjang Dan Sihat
Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Merawat Gigitan Serangga dan Haiwan Berbisa
Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga. Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.



Sumber: Wikiwand

Khasiat Merawat Darah Tinggi
Daun kari juga dikatakan berkesan untuk merawat darah tinggi. Caranya adalah dengan mengawal tekanan darah tinggi dan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Ianya juga dikatakn dapat mengurangkan pening kepala.

Seperti yang diketahui, darah tinggi biasanya sering dikaitkan dengan serangan janting. Oleh itu, secara logiknya boleh dikatakan jika perkara di atas dapat dikurangkan, ianya juga secara tidak langsung mengurangkan kemungkinan serangan jantung. 


Sumber: Wikiwand
Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Bidadari

Tuesday

Ketahui Teknik Rebusan Daun Pokok Kacip Fatimah Sebagai Rawatan Herba

Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh liar di kawasan hutan yang redup. 

Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada batang, berbentuk bujur memanjang, bergerigi halus dengan bahagian hujung yang runcing, Bunga jenis majmuk, kecil, jambak bunga berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa mudan dan bertukar merah apabila masak. 

Nama Tempatan: Kacip Fatimah 
Nama Lain: Akar Fatimah, Selusuh Fartimah 
Nama Saintifik: Labisia pumila 
Famili: Myrsinaceae



Sumber: Nurseri Herba

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Kegunaan dan khasiat: -Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini yang telah dikeringkan diminum untuk ibu mengadung dan ibu selepas bersalin agar dapat merawat masalah angin dalam perut, masalah haid, buasir dan sakit dalam tulang. 

Sumber: Nurseri Herba


Sumber: Nurseri Herba

Sumber: Nurseri Herba

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Nurseri Herba blogspot

Manfaat Herba dan Penyediaan Akar Manis Untuk Rawatan Batuk Dan Kesihatan. Ketahui Cara Penyediaannya

Akar Manis adalah tumbuhan saka kekacang spesies Glycyrrhiza glabra yang bertaburan di kawasan Eropah Selatan dan seberapa wilayah Asia seperti India; akar ia diperolehi mempunyai rasa manis dan beraroma tersendiri yang boleh dibuat gula-gula atau pemanis, terutama dalam masakan beberapa negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Ia tiada kaitan dengan bunga, bintang bunga, atau adas, yang merupakan sumber yang sama perasa sebatian.

Ekstrak akar ia digunakan dalam ubat-ubatan herba tradisional. Penggunaan pati ini secara berlebihan khususnya asid glisirizinik yang terkandung dalamnya (lebih dari 2 mg/kg/hari tulen) boleh menyebabkan kesan buruk, seperti hipokalemia, peningkatan tekanan darah, dan kelemahan otot.



Sumber: Wikiwand

Penanaman Akar Manis
Negara-negara yang menanam tumbuhan ini secara komersil termasuk India, Iran, Italy, Afghanistan, Republik Rakyat China, Pakistan, Iraq, Iran, Pakistan, India dan Turki.

Terkemuka di dunia pengeluar liquorice produk M&F di seluruh Dunia, yang mengeluarkan lebih dari 70% dari seluruh dunia liquorice rasa dijual untuk akhir pengguna.

Sumber: Wikiwand

Penggunaan
Ekstrak akar ia diperolehi dengan cara merebus akar dan menguapkan airnya, di mana sebatian yang tersisa dapat digunakan dalam bentuk bubuk ataupun sirup cair. Zat yang terkandung di dalamnya adalah glycyrrhizin yang sangat manis 50 kali lebih daripada gula dan memiliki khasiat perubatan. Spesies G.uralensis adalah jenis akar manis yang paling banyak mengandung zat ini.

Ciri-ciri Akar Manis dan Khasiat Akar Manis untuk Kesihatan
Tanaman ini termasuk golongan tanaman yang memiliki bunga dan biji tapi yang dimanfaatkan adalah akarnya. 

Manfaat Akar Manis dan Penyediaan Sebagai Ubat Batuk
Khasiat akar manis biasa anda boleh manfaatkan sebagai ubat batuk. Cara penyediaannya adalah seperti berikut:


  1. Campur 1 sendok makan (15 ml) akar manis halus dengan 2 cangkir (500 ml) air dalam panci kecil. 
  2. Didihkan campuran tersebut dengan api kecil selama 15-20 minit.
  3. Saring sebelum diminum.


Bahan Kimia
Bau liquorice akar datang dari kompleks dan berubah-ubah kombinasi sebatian, yang anethole adalah 3% dari jumlah meruap. Banyak kemanisan dalam liquorice datang dari glycyrrhizin, yang mempunyai rasa yang manis, 30-50 kali manis gula. Kemanisan adalah sangat berbeda dari gula, menjadi kurang segera, tart, dan tahan lagi.

Ekstrak Akar Manis liquorice 
Ekstrak akar manis merupakan salah satu bahan herbal yang paling sering digunakan dalam produk kecantikan.

Selain itu, ekstrak akar manis juga sering digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit kerana memiliki sifat antioksidan, anti inflamasi, anti mikroba, anti karsinogenik, dan anti virus.

Ekstrak liquorice yang efektif terbuat dari akar yang kecil, kasar, dan berwarna coklat akar liquorice. 



Sumber: Wikiwand

Manfaat Akar Manis Bagi Kecantikan
Ekstrak akar manis sangat bermanfaat untuk mengatasi kulit merah (terbakar sinar matahari), berjerawat, kulit kering, maupun mencerahkan ku

Liquorice (akar manis) dapat mencerahkan warna kulit, dan bila digunakan dalam kombinasi dengan Gigawhite dalam serum, maka akan membuat kulit makin cerah sehingga menjadikan kulit tampak bercahaya.

Akar manis dikenal sebagai salah satu herbal alami yang memiliki sifat untuk melembutkan sekaligus mencerahkan kulit.


Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Kesihatan Menggunakan Herba Tempatan

Sunday

Ketahui Kebaikan Pokok Tebu dan Air Tebu Yang Mengatasi Sakit Buah Pinggang dan Jerawat

Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan (melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan). Pengeluar-pengeluar terbesar ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan merupakan melebihi 50% daripada pengeluaran dunia.



Sumber: Wikiwand

Sejarah Pokok Tebu
Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.

Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.

Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.

Sumber: Wikiwand

Penanaman Tebu
Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]]. Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.

Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.

Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip.

Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia, dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan, ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun, tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam.

Kebaikan Air Tebu
Air tebu juga mengandungi antioksidan serta vitamin. Sering mengamalkan minum air tebu adalah lebih menyihatkan berbanding mengambil kadar gula. 

Air tebu juga mempunyai rasa manis dan gulanya yang semulajadi serta diproses dengan cara yang betul. Air tebu juga memiliki kalori sebanyak 15 kalori sahaja. Air tebu juga terdiri daripada fruktosa, sukrosa dan banyak jenis glukosa yang berjumlah 13 gram serat makanan.

Ia juga sangat jaya dengan serat dari segi pemakanan yang mempunyai sebatian polifenol yang boleh membantu keseluruhan kesihatan badan anda serta dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Terdapat banyak lagi manfaat yang boleh anda perolehi dari air tebu.

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang ada pada air tebu yang bukan hanya menghilangkan dahaga semata-mata.

Kini ramai peniaga yang meniaga bermacam-macam jenis minuman seperti ais kepal, teh ais, air buah-buahan dan banyak lagi jenis air yang menyegarkan diluar sana. Tinggal anda pilih saja yang mana satu menjadi kesukaan anda bagi menghilangkan rasa dahaga masa musim panas. Air tebu juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.


Pada masa yang sama, air tebu juga boleh melancarkan aliran air kencing dengan mudah dan cepat. Malah ia juga boleh membantu buah pinggang kita berfungsi dengan baik dan sempurna. Seandainya air tebu digabungkan dengan jus limau, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat merawat demam kuning (J. Food Ag-Ind. 2010, 3(04). 453-461).

Selain itu juga, air tebu turut mengandungi asid glycolic yang boleh mencegah tumbuhnya jerawat dan pada masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan kesan parut dan menghalang penuaan serta mampu menjaga kulit anda daripada kekeringan.


Rupa-rupanya, air tebu bukan hanya menjadi penghilang dahaga sahaja,malah banyak khasiat yang boleh kita perolehi darinya. Sebaiknya anda amalkan minum air tebu supaya anda kekal rasa segar dan sihat selalu. Selamat mencuba. 


Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Friday

Daun Rerama Hijau - Salah Satu Penawar Herba Kepada Kanser dan Penyakit Kronik

Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis. Asal tumbuhan herba ini adalah daripada Rantau Asia. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. 

Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.

Sumber: Khazanah Purba

Khasiat Daun Rerama
Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi 'active ingredient' yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser. Selain itu, ia boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah hanya dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Sumber: Khazanah Purba


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Thursday

Kenali Pokok Terung Pipit dan Cara Penanaman Serta Penjagaan Pokok Ini

Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak , 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus , sedikit zat besi , vitamin A , B1 , dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan , penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut .


Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.



Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Terung Pipit
1. Mengubati sakit kepala

2. Mengubati sengal-sengal badan

3. Taun dan cirit-birit

4. Mengurangkan demam panas

5. Merawat buasir 
    caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion

6. Merawat tumit kaki yang pecah 
    caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.

7. Menurunkan tekanan darah tinggi

8. Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.

9. Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Ubatan
  1. Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. 
  2. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut . 
  3. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. 
  4. Bagi yang mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak , boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah. 
  5. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak . Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.


Iklim dan Tanah
Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l.  Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung.  Pengairan diperlukan pada musim panas.  Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan.  pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 – 7.0

Penyediaan Tanah
Di ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci).  Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).

Dalam Pasu
Dalam pasu dan bekas-bekas lain.  Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menyediakan Anak Benih
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.



Sumber: Wikiwand

Penanaman Pokok Terung Pipit
Di ladang
Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.

Dalam Pasu
Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci).  Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.


Sumber: Wikiwand

Siraman
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Sunday

Khasiat Herba Tutup Bumi - Cara Penyediaan Bagi Merawat Selsema, Batuk dan Sakit Tekak

Tutup bumi rimba, Tapak sulaiman, Tapak tangan, Tapak Leman, Tapak gajah, Meroyan Punai Tanah, Punai Tunggal, Punai Tanah, Elephant’s foot, Solomon’s seal, Prickly leaved(Inggris), Do mairuu lom, kee fain ok khuun (Thailand), Yaanaichhuvadi (India), Dila-dila, tabatabakohan (Filipina), Tapak tangan,talpak lana, tampak liman (Madura), Tutup bumi (Sumatera)

Pengenalan
Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m – 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan ‘dioecious’ di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina mempunyai ‘pistillate’ (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Khasiat
Di Malaysia, Tutup bumi diminum untuk faedah diuretik, untuk menurunkan panas badan (febrifuge) dan untuk sebagai ubat cacing (anthelmintic), juga digunakan secara luaran sebagai tuam untuk sakit perut dan aduan – aduan lain. Rebusan dari daun atau akar digunakan sebagai tonik menghapus cacing gelang dan merawat batuk dan penyakit kelamin (venereal diseases). Akar dan daunnya diguna-pakai selepas bersalin sebagai ubat pelindung. Air rebusan dari akar segar dan sirih diberi untuk meredakan muntah manakala daunnya disyorkan untuk merawat bengkak - bengkak (dropsy).

Sumber: Khasiat Pokok Herba

Akar tumbuhan ini digunakan untuk demam dan untuk menahan muntah.

Daun digunakan dalam Piles (Kesakitan disebabkan oleh vena bengkak pada atau di dalam gulongan kedutan otot yang mengelilingi pembukaan (sphincter) dubur). Daun Lebam direbus dalam minyak kelapa digunakan untuk ulser dan ekzema.
Bunganya memiliki sifat afrodisiak, tonik dan expectorant (Mengeluarkan (kahak atau lendir) dari paru-paru melalui mulut); merawat biliousness (Keresahan gastrik yang disebabkan oleh gangguan pundi hati atau hempedu), masalah hati dan batuk .


  • Di Indo-China, Thailand, Indonesia dan Filipina. Tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik dan meredahkan demam . Akarnya, ditumbuk untuk jus nya atau direbus;
  • Di Indonesia digunakan sebagai ubat penyakit keputihan (leucorrhea), kurang darah (anemia) bagi wanita dan kanak-kanak, disentri, amandel, demam , influensa, cacar air, kesakitan semasa haid, radang tenggorok, peradangan ginjal dan batuk .
  • Di Filipina, Air rebusan atau rendaman (infusion) akar dan daun digunakan sebagai pelembab kulit (emollient), sebagai ubat cirit-birit , disentri, penyakit paru-paru, kudis gatal (scabies), pelepasan urethral dan untuk memudahkan kencing (anuria) dan pengeluaran lendir dari alat kelamin (belnnorrhea).
  • Di Indo-China, rebusan dari tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik, tonik, pengeluar peluh (diaphoretic), sebagai agen penggalak haid (emmenagogue), dan diambil secara dalaman untuk gangguan pencernaan, demam berulang kali dan ketidak tetapan haid.
  • Dalam perubatan tradisional Cina, tumbuhan ini digunakan untuk merawat konjunktivitis, wabak ensefalitis B (epidemic encephalitis B ) , Lendir dalam paru-paru (pertussis), hepatitis akut, sirosis (cirrhosis), ascitis, hepatitis akut dan kronik, penyakit kulit (ferunculosis) dan radang kulit (eczema).
  • Orang Taiwan menggunakan akar ini untuk melegakan sakit dada. Ubat ‘Teng-Khia-U’ dari Taiwan adalah ubat terdiri daripada keseluruhan tumbuhan Tutup bumi Elephantopus scaber, E. Mollis dan Pseudoelephantopus spicatus. Telah terbukti ekstrak air dari tiga tumbuhan ini mempunyai kesan perlindungan kepada hati dari kesan karbon tetraklorida (CC14) penyebab kerosakan hati akut.
  • Di India, air rebusan akar digunakan dalam merawat penyakit cecair yang keluar dari kemaluan (urethral discharges), cirit-birit , disentri, kesakitan membuang air kecil (dysuria) dan sebagai tonik untuk jantung.
  • Di Seri Langka, pepejal yang disediakan daripada daun tumbuhan Tutup bumi, air dan madu digunakan untuk merawat penyakit kuku dan luka - luka yang disebabkan oleh gigitan haiwan liar.
  • Di Madagascar, ia dianggap diuretik dan menyejukkan dan di Hindia Barat sebagai tonik, pengeluar peluh (diaphoretic), dan sebagai penggalak haid (emmenagogue) dan diberikan untuk gangguan pencernaan berserta pedih ulu hati dan mual (dyspepsia), demam tidak menentu dan tekanan perasaan disebabkan haid (menstrual derangements).
  • Tumbuhan ini juga digunakan secara tradisional di Brazil untuk mengeluarkan batu karang .
  • Bagi masyarakat Cina di Malaysia, herba ini digunakan untuk merawat sakit tulang belakang di mana urat-urat dan saraf-saraf dapat diperkuatkan selepas mengalami kecederaan. Caranya adalah dengan mengukusnya dengan ayam betina tua tanpa kulit selama 4 jam dan di minum sebagai sup, lebih pekat, lebih mujarab.
  • Di Thailand daun tutup bumi digunakan untuk mencegah kehamilan, melancarkan air kencing dan afrodisiak. Daun dan akarnya digunakan untuk meningkat stamina.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Cara Penyediaan Bagi Merawat Selsema dan Sakit Tekak
1. Ambil kesemua bahagian tanaman tutup bumi dan bersihkannya.

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2 –

2. Setelah bersih, rebuskan ia hingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, biarkan seketika air rebusan tersebut.
4. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan minumlah secara perlahan-lahan.

Cara Penyediaan Bagi Merawat Anemia
1. Ambil bahagian akar tutup bumi sahaja.
2. Bersihkan akar tersebut dan rebuskan sampai ia mendidih.
3. Kemudian biarkan air rebusan tadi suam, tapiskan ia dan minumlah dengan perlahan.

Cara Penyediaan Bagi Merawat Batuk
1. Ambil beberapa helai daun tutup bumi.
2. Bersihkannya dan salai(layur) daun tersebut di atas api.
3. Akhir sekali, gosokkanlah daun tersebut pada bahagian leher anda.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Khasiat Pokok Herba