Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Tumbuhan Tropika
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.
Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih.
Sumber: Wikiwand
Kegunaan Pokok Pandan
Daun pandan kadangkala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan air sirap.
Ciri-ciri Bau Pandan
Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra)
Sumber: Wikiwand
Petua Untuk Hidup Subur
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok. Berikut adalah petua yang boleh diamalkan
- Pruning atau memangkas. Rajinkan diri anda untuk selalu melakukan pruning atau memangkas pokok pandan anda. Tinggalkan hanya 3 tangkai sahaja.
- Buang daun-daun kuning dan berpenyakit. Jangan dibiarkan melekat pada pokok kerana ia akan menjangkiti daun yang lain.
- Apabila pokok pandan anda sudah mencapai ketinggian tiga kaki potong di pangkal dan biarkan tunas baru tumbuh. Apabila tangkai pertama sudah mula berdaun, anda boleh potong pula tangkai kedua. Ulang untuk tangkai ketiga. Dengan cara ini anda akan mempunyai bekalan daun pandan sepanjang masa.
- Akar pandan sangat aktif dan berjenis berserabut. Jauhkan dari paip kumbahan kalau anda menanam di atas tanah. Jika menanam di dalam pasu tiada masalah.
Sumber: Wikiwand
Semoga memberi manfaat pada kawan-kawan.
Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.
Sumber: Wikiwand
Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.
Sumber: Wikiwand
Meningkatkan Kewanitaan
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.
Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.
Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.
Resepi Teh Bunga Telang
Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.
Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis
Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.
Mengecutkan Jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.
Detox
Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
Sumber: Wikiwand
Mengurangkan Sakit Kepala
Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.
Sumber: Wikiwand
Mencuci Darah
Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.