Thursday

Kenali Pokok Mengkudu - Digunakan Sebagai Ubat Tradisional.

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp.

Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional. 

Sumber: Warisan Petani

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.


Sumber: Warisan Petani

Khasiat Pokok Mengkudu
Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.

Daunnya berukuran 15 - 25 sentimeter (sm) panjang, 6 - 10 sm lebar dan berwarna hijau muda. Bunganya kecil, bentuk cerombong, berwarna putih, tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang , 2 - 4 sm lebar berwarna putih kekuningan. Isinya lembik dan berjus apabila masak, mengandungi biji yang banyak.


Sumber: Warisan Petani

Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil, berukuran 2 - 2.5 sm panjang dan 1 - 1.5 sm lebar, berwarna kehitaman apabila masak.



Sumber: Warisan Petani

Mengkudu telah dilaporkan mempunyai khasiat perubatan dan kesihatan. Mengkudu mengandungi antibakteria seperti acubin, L-asperuloside dan alizarin dalam buahnya, anthrauinones dalam akarnya. Ia juga mengandungi scopoletin yang dapat mengawal pentumbuhan 

Escherichia coli yang bertanggungjawab kepada penyakit usus dan Heliobacter pylori yang meyebabkan ulser. Damnacanthal yang terdapat didalam akar pokok mengkudu dapat merawat tyrosine kinase ini lah yang mengiktiraf mengkudu sebagai ubat anti-tumor. 

Khasiat perubatan buah mengkudu telah ditemui lebih 2000 tahun dahulu oleh kaum Polynesian. Kini buah mengkudu dimakan dikebanyakan tempat didunia terutamanya kepulauan pacific, Asia Selatan dan Australia.


Sumber: Warisan Petani



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Wednesday

Kenali Pokok Belimbing Buluh - Cara Penyediaan Bagi Merawat Ubat Darah Tinggi dan Demam Panas

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. 

Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Sumber: Herba dan Tumbuhan


Perubatan Tradisi
Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya.

Sumber: Herba dan Tumbuhan

Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

Cara Penyediaan Ramuan Pokok Belimbing Buluh Bagi Rawatan Ubat Darah Tinggi.
  1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar. 
  2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat. 
  3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya. 
  4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang. 
  5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu. 



Cara Penyediaan Bagi Rawatan Demam Panas
Petua daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Cara penyediaan ramuan bagi rawatan demam panas, anda boleh cuba petua di bawah; 


  1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. 
  2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat. 
  3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. 
  4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit. 
  5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. 
  6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.



Sumber: Herba dan Tumbuhan

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot