Monday

Kenali Pokok Kencur atau Cekur - Yang Mempunyai Banyak Manfaat

Kencur atau cekur merupakan tanaman herba dua guna iaitu sebagai sayuran serta ulaman dan sebagai bahan perubatan tradisional kerana hilai herbanya yang tinggi.

Pokok kencur hidup melalui umbisi atau rizomnya yang terdapat di dalam tanah seperti pokok kunyit atau halia tetapi pokoknya lebih renek dan bentuk dunnya lebih kecil. Ia hidup berumpun dan mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun melalui semaian umbisinya yang matang. Hasil utama tanaman kencur ialah daunnya yang dijadikan bahan masakan dan ulaman dan umbisinya yang dijadian bahan perawatan herba.

Daun Kencur Dijadikan Bahan Masakan

Daun kencur banyak digunakan oleh masyarakat Jawa untuk masakan pecel ikan atau pun ayam. Daunnya juga dijadikan bahan membuat keluban/urap. Disamping itu, daun kencur dijadikan bahan campuran dalam menu kerabu. 

Rizom kencur biasanya dijadikan bahan ramuan masakan seperti kunyit atau halia. Ia juga boleh dijadikan ulaman dimakan bersama nasi. Rasanya agak pedas dan sedikit pahit serta mempunyai aroma yang tersendiri.

Sumber: Warisan Petani Blogspot


Beberapa Khasiat Kencur

Umbisi kencur yang mempunyai pelbagai khasiat herba. Boleh dijadikan bahan penanaman dan akan mengeluarkan rizom baru.

Selain dijadikan bahan ramuan masakan dan ulaman, tanaman kencur juga mempunyai nilai herba yang banyak manfaatnya.  


Sumber: Warisan Petani Blogspot


Kencur dapat menambahkan selera makan terutama bagi kanak-kanak dan boleh meredakan pelbagai penyakit seperti batuk, sakit sendi, sakit perut, membuang angin dalam badan, mengurangkan bengkak, muntah


Bahan Perawatan Untuk Wanita
Kencur biasa digunakan sebagai bahan perawatan wanita terutama untuk wanita lepas bersalin. Pengamal makanan kencur dikatakan boleh awet muda. 


Sumber: Warisan Petani Blogspot


Jamu Beras Kencur
Jamu beras kencur digunakan oleh masyarakat Jawa untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga dan menghilangkan lenguh-lenguh sendi akibat penat bekerja. 


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani Blogspot

Sunday

Pokok Gelam Lintah - Berbunga Setelah Sedekad

Hopea helferi ialah spesies pokok hutan dalam keluarga Dipterocarpaceae. 

Habitat semula jadinya ialah hutan lembap dan di sepanjang sungai. Dicatatkan bahawa taburannya meluas di India, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Malaysia. 

Spesies ini disenaraikan dalam Senarai IUCN sebagai terancam. Nama tempatannya ialah giam lintah bukit. Pokoknya bersaiz sederhana dan boleh mencapai sehingga 20 hingga 37 m tinggi. 

Sumber: FRIM

Kayunya digunakan untuk pembinaan ringan dan berat serta untuk kraf tangan.

Seperti kebanyakan pokok dipterokarpa, pembungaan dan pembuahan spesies ini tidak menentu. 

Pokok yang ditanam di FRIM diperhatikan berbunga pada tahun 2002 dan berikutnya pada tahun ini iaitu selepas tempoh 11 tahun. 

Pokok dicerap mula berbunga pada bulan April hingga Julai dan menghasilkan buah-buahan dari Ogos–November. 

Sumber: FRIM

Buah mudanya berwarna hijau, manakala buah matang mempunyai sayap coklat gelap. Saiz keseluruhan buahnya adalah dalam lingkungan 50–61 mm. Biji benihnya kecil, diameter kira-kira 6–8 mm dan panjang 9–11 mm.
Sumber: FRIM


Sumber rujukan: FRIM, Wikiwand