Saturday

Wow! Kerana Dipakai Oleh Menteri Kewangan Kita, Harga Jam G-Shock Ini Naik Secara Mendadak!

Belanjawan 2021 telah dibentangkan dengan teliti oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam. Belanjawan 2021 adalah yang pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini.

Belanjawan ini dinanti-nantikan rakyat dan disifatkan paling penting dan mencabar ekoran penularan COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat serta ekonomi negara. Ucapan penuh Tengku Zafrul boleh dibaca di sini.

Selain inisiatif Belanjawan 2021 yang menarik perhatian netizen seperti pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP dan skim pemilikan rumah, jam tangan yang disarung Tengku Zafrul juga menarik perhatian netizen terutamanya peminat setia G-SHOCK.


Berdasarkan perkongsian netizen, Tengku Zafrul menyarung model G-SHOCK GA-900-2ADR ketika membentangkan Belanjawan 2021 semalam.

Jam tangan ini boleh didapati pada harga RM495 ketika ini di Lazada. Tetapi disebabkan faktor ia sudah disarung oleh Tengku Zafrul, ada yang sudah mula jual kembali model ini dengan harga setinggi RM1,200.

Tengku Zafrul merupakan seorang yang aktif bersukan dan tidak mustahil jenama seperti G-SHOCK ini kerap disarung oleh beliau. Buat anda yang mencari sebuah jam tangan yang bergaya dan lasak, sempat lagi untuk membelinya pada harga pasaran di sini sebelum dikebas habis oleh reseller.

P/S: Sekiranya ia sudah sold out, mungkin anda boleh buat tempahan di laman Instagram ini yang menjual model ini pada harga yang munasabah kerana stok yang ditawarkan beliau adalah dari United Kingdom.

Sumber: The Vocket