Saturday

Kenali Jenis Tanah Bagi Mereka Yang Suka Bercucuk Tanam

Terdapat banyak kaedah dalam mengklasifikasikan jenis tanah, namun tukang kebun biasanya menggambarkan tanah menggunakan kata-kata seperti berpasir, tanah liat dan sebagainya. Istilah ini seringkali jelas menggambarkan tekstur jenis tanah. 

Mengetahui pelbagai tekstur jenis tanah akan dapat membantu anda meramalkan bagaimana ia memberi kesan dalam keadaan yang berbeza. Inilah faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam menyubur dan menjadikan tumbuhan anda berkembang.



Sumber: Warisan Petani

Definisi Tanah
Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan beberapa jenis bahan organik. Tanah merupakan komponen yang sangat penting bagi menjalankan penanaman pelbagai jenis tanaman khas untuk makanan, industri atau ternakan.

Jenis tanah adalah berbeza-beza di setiap lokasi dengan lokasi yang lain.  Jenis tanah terbentuk dari proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Kini, terdapat banyak jenis tanah yang terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri untuk kita kenali. 

Bagi tujuan perancangan pertanian, maka terdapat tiga aspek penting berkaitan tanah. Ia adalah klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat ini amat penting bagi mereka yang meminati bidang pertanian dan ingin memajukan tanaman.

Penyediaan untuk penanaman, tanah yang sesuai diperlukan untuk menanam jenis sesuatu tanaman. Di Malaysia terdapat 6 jenis tanah yang sesuai iaitu tanah liat, tanah pasir, tanah gambut, tanah loam, tanah keranji dan tanah endapan. Jom kita lihat jenis tanah yang ramai tak kenal.

Tanah Loam
Jenis tanah yang sesuai untuk pertanian adalah jenis tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun. Ia mempunyai kandungan yang hampir sama di antara tanah lampung, tanah endapan dan pasir. 

Tanah ini juga mengandungi humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Nilai PH dalam tanah loan adalah tinggi dan kandungan kalsiumnya juga amat tinggi dan bagus untuk tanaman.  Jenis tanah loam ini berwarna hitam dan sangat lembut, gembur dan rapuh di tangan apabila dipegang. 

Sumber: Bidadari

Menyerap udara dengan baik untuk tanaman tetapi sangat cepat kering juga adalah salah satu cirinya. Tanah loam mempunyai daya pengudaraan yang baik. Udara dapat bergerak bebas antara partikel-partikel tanah sehingga ke akar tanaman.

Tanah Endapan
Tanah endapan mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding dengan tanah pasir dan ianya sangat lembut dan ringan. Tanah endapan boleh menyerap air namun nutrien di dalam tanah ini cepat hilang. Jenis tanah ini amat sejuk dan kering. Ianya jenis tanah yang mampat dan padat. Pengudaraan di dalam tanahnya pula boleh membawa masalah kepada tanah. Hanya tumbuhan tertentu sahaja boleh hidup di sini.

Sumber: Bidadari

Tanah Keranji
Tanah keranji atau tanah seline ini adalah jenis tanah yang kering dan bergaram. Tumbuhan atau tanaman akan menghadapi masalah jika ditanam pada tanah jenis ini. Ia tidak sesuai digunakan untuk penanaman sama sekali.

Sumber: Bidadari

Tanah Pasir
Tahukah anda, tanah jenis pasir ini mempunyai partikel yang sangat besar dan lentur? Jenis tanah ini bersifat kering dan berderai.  Biasanya ia tidak menyerap udara kerana mempunyai ruang kumbahan yang besar. 

Sumber: Bidadari

Hal ini akan menyebabkan air mengalir dengat cepat dan tidak dapat diserap oleh akar. Nutrien di dalam tanah juga tidak dapat bertahan dengan lama kerana akan hilang bersama air yang mengalir. Tanah pasir sesuai untuk tanaman sebenarnya tetapi tidak kepada tumbuhan hijau.


Tanah Gambut
Jenis tanah yang berwarna hitam atau perang ini adalah tanah gambut.  Jenis tanah ini mempunyai bahan organik dan air yang sangat tinggi.  Ia dikategorikan dalam kumpulan tanah yang berorganik. 

Tanah gambut dikatakan telah terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang telah ditimbus di dalamnya. Ketika hujan, udara sangat banyak di dalamnya dan ia pula akan kering ketika musim kemarau.

Tanah gambut di Malaysia dikategorikan sebagai tanah bermasalah. Ia sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat.   Sekiranya anda melihat jenis tanah yang sama seperti span dan boleh dibentuk, maka tanah tersebut adalah jenis tanah gambut.

Kebanyakan kawasan di Selangor mempunyai tanah gambut yang amat sesuai untuk penanaman pokok kelapa sawit. Tanah gambut amat sesuai untuk pokok kelapa sawit hidup subur.


Sumber: Bidadari

Tanah Laterit
Jenis tanah ini terjadi berpunca dari suhu udara yang tinggi dan kesan hujan turun. Akibatnya, pelbagai mineral yang diperlukan oleh tumbuhan menjadi larut dan meninggalkan sisa-sisa oksida besi dan alumunium. Ia boleh digunakan untuk bercucuk tanam tetapi tidaklah disarankan.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Bidadari