Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.
Sumber: Wikiwand
Khasiat Pokok Kaduk
Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
Sumber: Wikiwand
Herba ini memerlukan kawasan teduhan dan lembab. Ia biasanya ditanam di belakang kebanyakkan rumah kampung.
- Di kawasan perumahan pula biasanya ia hanya tanaman pasu kerana tumbuhan ini mudah membiak dan akan menjadi kawasan semak.
- Daun Kaduk digunakan sebagai ulam dan perasa dalam masakan gulai ikan bendang atau sungai.
- Digunakan secara tradisional untuk membantu mengubati Senggugut (cara menggunakannya adalah daunnya ditumbuk dan dicampur garam, lada hitam dan halia bara). Ramuan ini kemudian direbus dan diminum.