Saturday

Apa dah Jadi Pada Pelajar UiTM? Pelajar UiTM Luah Rasa Terharu Dapat Cashback RM55

Kali ini, difahamkan UiTM memulangkan semula bayaran yuran perkhidmatan sebanyak 15% kepada para pelajarnya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh MPP UiTM KAG, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 23/2020 bersetuju memberi pengurangan secara one-off sebanyak RM55 (lebih kurang 15% yuran perkhidmatan) kepada semua pelajar sepenuh masa UiTM yang bertaraf ijazah sarjana muda dan ke bawah dan berstatus aktif pada 31 Mac 2020.

Sumber: Uitm

Berikut di bawah adalah ciapan penuh yang dibuat oleh MPP UiTM KAG:

Sumber: Uitm Twitter

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP) di bawah Unit Kewangan Zon 16 telah memproses bayaran pemulangan itu kepada pelajar yang terlibat untuk keseluruhan sistem universiti.

Oleh itu, pelajar yang telah menjelaskan yuran pengajian pada Sesi 2 2019/2020 (20202), mereka akan dikreditkan bayaran pemulangan itu pada 3 September 2020.

Ternyata ramai pelajar yang menyambut gembira dengan berita tersebut, malah turut mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana memulangkan semula bayaran itu ketika ramai yang memerlukan duit ketika ini.

Antara komen daripada para pelajar UiTM di Twitter:

Sumber: Twitter


Sumber rujukan: Says

Monday

Punca Messi Mahu Pergi Percuma, Firma Guaman Ini Dipecat Barcelona

Kecelaruan di kem Barcelona semakin panas. Barcelona dilaporkan memecat rakan firma undang-undang mereka, Cuatrecasas, yang dianggap sebagai salah satu sebab di sebalik keinginan Lionel Messi untuk meninggalkan Camp Nou.

Messi menimbulkan masalah di Barcelona setelah mengajukan permintaan minggu lalu untuk meninggalkan Nou Camp.

La Pulga mahu meninggalkan Barca secara percuma.

Sumber: The Vocket

Salah satu sebab Lionel Messi membuat keputusan mahu mengaktifkan klausa pergi secara percuma pada kontraknya adalah kera firma guaman Cuatrecasas.

Firma itu dikatakan memberikan nasihat kepada La Pulga untuk mengajukan permintaan berpindah.

Barca akhirnya mengetahui mengenai peranan firma guaman. Mereka dilaporkan merasa marah.

Namun sebenarnya firma tersebut bukan menghasut Messi. Mereka cuma memberikan panduan kepada Messi tentang klausa yang ada pada kontraknya.

Marca melaporkan bahawa Pegawai Barcelona menganggap penglibatan Cuatrecasas dalam kemungkinan pemergian Messi sebagai tindakan yang tidak dapat diterima.

Kontrak Messi kini menyebabkan konflik antara pemain dan kelab. La Pulga menegaskan dia boleh pergi secara percuma. Barcelona pula merasakan perjanjian itu hanya akan sah sehingga 10 Jun.

La Liga turut memberikan sokongan terbuka kepada Barcelona. Di mana menurut La Liga hanya ada satu sahaja cara Messi boleh meninggalkan Barcelona iaitu dengan menerima bayaran €700 juta daripada klausa pelepasan Messi.

Lionel Messi dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Selain faktor kewangan, ia juga adalah kerana adanya bekas pengurus beliau, Pep Guardiola.

Sumber: The Vocket


Sumber rujukan: The Vocket