Saturday

Ada Apa Pada Pokok Cermai? Ketahui Kegunaannya

Cermai merupakan satu-satunya tumbuhan dari keluarga Phyllanthaceae/Euphorbiaceaeyang mempunyai buah yang boleh dimakan. Ia merupakan tumbuhan dalam kategori pokok kecil yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 50 kaki tingginya. Daun cermai berbentuk runcing dan tersusun secara berselang pada tangkai daunnya. Buahnya kecil, berwarna hijau muda dan boleh dimakan. Rasanya masam sekali dan biasanya ia dijadikan jeruk. Cermai boleh dibiakkan melalui biji benih, kaedah layering, tut dan keratan batang.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.


Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Cermai
Cermai biasanya dijadikan jeruk di Malaysia. Di tempat-tempat lain, cermai juga digunakan sebagai sos atau dijadikan halwa kering. Ia jarang dimakan mentah kerana rasanya yang amat masam. Di kampung-kampung di Malaysia cermai dimakan bersama petis dan kuah rojak.



Sumber: Wikiwand

Khasiat Cermai
Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C. 

Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser. Buahnya pula dapat merawat sembelit.


Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Thursday

Ada Apa Pada Jemuju? Ketahui Pelbagai Khasiat Rempah Yang Kecil Ini

Pokok Jemuju atau nama saintifiknya Eryngium foetidum merupakan sejenis herba pokok renek. Ia berasal dari Mexico dan Amerika Selatan tetapi ditanam di hampir seluruh dunia.


Fakta Mengenai Pokok Herba Ini
Pokok ini dijual sebagai sayur di Amerika Syarikat dan di panggil ‘Culantro”
Bau daun pokok ini macam pijat atau tepus kesin (Pungent odour)
Daun pokok ini boleh dikeringkan untuk disimpan dan rasa nya kekal
Kegunaan sebagai makanan
Sayur atau perasa untuk masakan (Seasoning and marinating)
Sedap digoreng dengan telur.
Pokok ini boleh menenangkan sekiranya dimakan (Calminative)

Sumber: Wikiwand

Khasiat Perubatan

  • Untuk sakit gila babi /Epilepsi( Epileptic fits/Epilepsy)
  • Untuk mengubati sakit disebabkan oleh sejenis cacing atau nematode (Strongyloidiasis)
  • Tambah nafsu makan (Increase appetite)
  • Penghadaman (Digestion)
  • Sakit perut (Stomach pain)
  • Penahan sakit (Analgesic)
  • Anti radang (Anti-inflammatory)
  • Buang angin (Eliminate gas)
  • Selsema (Flu)
  • Demam (Fevers)
  • Cirit birit (Diarrhea)
  • Sembelit(Constipation)



Sumber: inana356286023.wordpress.com

Cara Rawatan Bagi Kencing Manis
Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan